Quantcast
Channel: Chawanna
Viewing all 81 articles
Browse latest View live

Blackout: #Travelholicawesome and Friends Back To Nature

$
0
0
Trip ke dua kami bersama untuk tahun ni! Tak sia-sia ada president baru, banyak aktiviti di'gorgonizedkan' untuk kami hew hew hew..iya???

Ke mana kami kali ni? Jom tengok sedikit hint kat bawah..


1. Tempat ini dinamakan sempena nama serangga yang suka menyanyi di  kawasan hutan tersebut.
2. Sebahagian kawasan ini masih lagi kawasan larangan, dan berada dibawah pengawasan tentera dan polis!
3. Kaya dengan khazanah alam (flora dan fauna)
4. Perlu permit untuk masuk ke sini.
5. Tasik buatan manusia antara terbesar di Semanjung Malaysia selepas Kenyir juga di sini!
6. Tempat ini juga merupakan antara hutan tropika tertua di dunia.

Ha tak cukup lagi hint ni? Boleh teka ke??

Dan paling istimewanya, trip Travelholicawesome kali ini disertai oleh kawan-kawan Travelholicawesome yang terpilih hehehe.. nak tahu siapa? kita tunggu entry akan datang okay!



Royal Belum Trip (Part I)

$
0
0
Sebab kengkawan lain dah cerita macam-macam intro kat blog diorg, so aku skip la, malas nak repeat citer kuih mak aku la, kuih kaswi la, sesat tak jumpa jeti la. Mohon ke blog mereka-mereka itu. Bukan saja aku nak skip cerita intro, tapi aku nak bagitau jugak aku tak amik gambar masa mula-mula sampai sini, sebab macam tak rasa nak amik gambar, aku macam nak tengok je dengan mata sendiri, ha gitewwww..boleh?

Jadi aku kasi Aqilah yang pegang camera dan inilah jadinya masa atas houseboat tu. Time ni aku memang fefeling nak tidur sangat dah, sedap gile kot, ada tilam bagai, dengan angin sepoi-sepoi, belum kira lagi tengok pokok kiri kanan hijau je, segar mata memandang. Inilah Royal Belum! Antara tempat terbaik untuk charge ion-ion positif yang makin berkurangan di badan selama duduk di Kuala Lumpur ni. So bila ada peluang nak charge ion-ion positif ni, mestilah grab peluang ni kan!


Kami pun ada bawak ustaz sendiri :) Ustaz Afif in the house y'all.

Miss B, Aqilah and Sami, cute!

First stop untuk hari ni!





Kat belakang tu la houseboat kami. Paling best antara semua houseboat yang ada di Royal Belum ni. Ruang terbukanya sangat besar, ada 2 bilik saja. Tapi sememangnya kami suka houseboat yang ni, lagi tak banyak dinding lagi bagus, sebab luas mata nak memandang, tak payah nak berebut usha dari tingkap je kan? Memang terbaiklah, kiri kanan terbentang hutan tertua di Malaysia ni. Oh lupa nak cakap, sebabkan aku ni penakut sikit toilet yang kotor-kotor, so mulanya agak gerun la nak tengok toilet, tapi Alhamdullilah, bila mata sendiri dah tengok, nasib baik bersih toiletnya, lega sangat rasa hati ni :)

Sebabkan houseboat ni best sangat, sampai terbaring dia amik gambar. Gigih sangat tengah panas mengelejat tu..hee idak le teman..heheheh

Aktiviti santai kami ketika menuju ke destinasi lain selepas rafflesia tadi, masing-masing sibuk duduk dekat depan houseboat, dekat tempat letak kasut plak tu! Demi sangat! Sentap la tu kan tak dapat cop hammock macam aku hew hew hew..

Aku amik gambar dari hammock je, demi dengki tak mo diorg curi hammock tu ahahaha..Sami pun aku halau main kat lain (aku sebenarnya curik hammock Sami... #matilah kena dengan kakak cantek) Anak aku masa ni entah ke mana la, kejap aku tengok ada kat bawah, sekali pandang lagi takde, sekali lagi tengok dia baru turun dari tangga, sekali lagi pandang tengok duduk depan houseboat. Suka betul dia atas houseboat ni. Maklum la percutian murah mengalahkan naik yatch di Bahamas, haruslah excited! Royal Belum hanya satu di dunia weh..mau tak excited kan?


 Ya ampun tak sabar nak tunggu BBQ malam ni, lapar mengalahkan singa betina time ni hahahaha

Sebabkan aku malas bangun nak join kengkawan lain kat depan yang mungkin tengah cemburu dengan aku duduk atas hammock tu, so aku terpaksa posing sendiri dengan seluar baru hiks.

 Air dari bawah houseboat. Hijau ok!

Ha datang dah budak kecik ni. Tapi aku buat tak layan je, melayan perasaan katanya hahaha


 Aktiviti kedua, melawat kampung orang asli.




Kampung ni kecik je, macam dekat atas sebuah pulau kecil. Katanya di sini diorg ni ada dapat subsidi dari kerajaan, macam beras dan barang keperluan asas yang lain. Dan mengikut kata abang Hisham, kadang-kadang ada orang luar yang mengajar di sini subjek basic matematik dan bahasa Melayu, untuk memudahkan orang asli ni keluar dan berkomunikasi ketika membeli barang runcit di pekan Gerik. Ada jugak sekolah berhampiran terletak 20KM dari sini, tapi tak semua budak yang nak pergi sekolah.


Ini bukan orang asli hehehe. Tapi captain Amereka katanya, dan juga merangkap president Travelholicawesome yang baru sessi 2014/2015 sehingga mantan president balik semula ke tanahair ahahaha. Jaga-jaga dia ni, sebab ada banyak ilmu memikat hati orang, bukan hati perempuan je dia pikat, malah hati laki aku jugak dia pikat! Sentap kejap..sob sob.. (biar je la aku je yang tau apa yang jadi antara suami aku dan dia ni..sedeyyy ;p)


 Tansree dan anak-anak orang asli

 Tengah pilih gambar la tu nak instagram, nanti ada line terus update je kan? saya tau dah!

Lepas balik dari Kampung Orang Asli tu, kami ke basecamp di Sg Tiang untuk bermalam di situ. Katanya kawasan ni animal active. Malam-malam kadang-kadang ada harimau atau gajah datang melawat kawasan ni. So kena la hati-hati sikit. Lepas solat magrib, kami semua turun ke bawah, untuk dinner dan bbq.

 Kambing..sedapppppppppppppppppp.. 

Driver dan co pilot hehehe.

Sebelum masing-masing masuk tidur, kami ada session tidak formal untuk kritik gambar. Haih memang berdebar-debar nak tunjuk hasil, maklum la tak terer, Hang Dhamin punya pasal la paksa-paksa aku suruh pegi amik camera jugak tunjuk hasil! eiii takpelah, walaupun kena kritik, tapi membina, bukan bro Hilmi sesaja kritik, kata nak gambar lawa kan? Harus lah..hehehe.. 

Jam 11.30 malam, masing-masing balik ke tempat beradu memasing. Yang perempuan semua tidur di atas. Yang paling bestnya dapat tidur bergolek-golek ramai-ramai di kelilingi tasik dan hutan-hutan, sunyi sepi. Angin malam tu agak sejuk jugak. Pengalaman yang paling best sepanjang 2014 dan sepanjang hidup la, sebab tak pernah tidur open macam tu je, ala-ala safari sangat hehehe.

Pakej RM 150 dari Belum Outdoor (BOA), memang sangat affordable, makan usah cakap la, walaupun harga pakej murah, tapi makan SEDAP! Tak dan nak lapar dah ada makanan lagi. Aku yang makan nasi sehari je, kat sini makan nasi 3 kali sehari oi! Dan krew-krew dalam houseboat ni jugak sangat knowledgable dan baik hati, senyum-senyum je belaka, takde la rasa macam ikut trip yang bosan-bosan tu, sebab diorg boleh sembang macam member je.

Ok nantikan seterusnya entry ke dua, sebab lagi best! AWAS! 


South Korea: Seoul Part III

$
0
0
Ini cerita musim luruh tahun lepas. Saja nak update hari ni di bulan ini, sebab aku takde banyak memang takde trip oversea tahun 2014 ni. Kalau ada pun, tengok la nanti macam mana. Jadi untuk tidak membuang masa, jom tengok gambar dan cerita kosong kami di Seoul ni.

Changdeokgung Palace. Pegi sini konon nak tengok taman dia. Tapi bila sampai kaunter tiket, tour pukul 11 pagi yang bahasa inggeris dah sold out. Jadi kena tunggu pukul 1.30 PM punya tour. So al malas la aku nak tunggu, lagi pun kitorg bukan follow rancangan kaw-kaw pun, kalau beli tiket kang, sekali waktu tu aku sibuk berjimba kat tempat lain, tak ke haru nak kejar ke sini balik? 



 Jadi tukang amik gambar pulak dia.

Jadi kami pun duduk la depan palace ni sekejap, ambil gambar, tengok-tengok orang. Dan jumpa dua budak comel Korea ni yang asyik tengok map hehehe.

So untuk tidak membuang masa, kami terus nak sambung rancangan hari tu untuk ke Buckhon Hanok Village, yang hanya beberapa sepelaung je dari palace tadi. Berjalan kaki ke sini dari palace tadi lebih kurang 10-15 minit, tertakluk pada kelajuan masing-masing berjalan.

Aqilah dalam versi Gangnam style dia, masa ni on the way nak ke Buchkon Hanok Village. Tujuan kitorg jalan kaki je sebab malas nak naik train sebab nanti nak kena angkut stroller turun naik tangga hehehe. Jadi terpaksa layan kerenah budak ni nak menari tengah jalan :D

 Ha amik ko.lagi..dan lagi..

Siap melompat-lompat..tskkk

Dan akhirnya, sampai jugak kami ke sini.. hmm 

Buckhon Hanok Village. Takde la susah pun nak ke sini, ikut je crowd dan signboard je. Kawasan ni tempat perumahan yang masih didiami penduduk tempatan, so adab kena jaga la, tak boleh buat bising, menganggu ketenteraman awam katanya. 

Tempat ni kiranya macam kampung tradisional Korea la yang dah wujud sejak 600 tahun dahulu.

Dalam banyak-banyak rumah kat sini, ada yang dah jadi galeri art, musium pun ada, so if korang ada kelapangan dan suka benda-benda macam tu, sila la datang jengok.

Kreatif


Travelholic in the making :)


 Masa kat Seoul ni tetiba sarung bantal plak diusung Aqilah, ish heran aku..rindu katil kat rumah ke pun?

Kesian, gigi patah terbelah dua sebab jatuh kat nursery :(

Kawasan ni agak berbukit sikit, jadi adalah sangat bagus untuk membakar kalori di badan. Untuk yang ada anak kecik-kecik tu, semoga bertabahlah untuk menolak stroller menyusuri jalan-jalan berbukit ni, semoga korang kuat semangat :)

Pintu hanok tradisional dan juga tempat dan object paling mainstream untuk posing bila di Bukchon Hanok Village ni. Betul tak? muahahahaha

Aku tak dapat nafikan bumbung yang kelihatan bertingket-tingket ni, agak menarik, cumanya yang kurang menarik bila ada tourist yang tak reti bahasa buat bising bila bercakap kuat-kuat. Paham-paham sendiri la tourist negara mana yang selalu over tu #drama sangat.


Lepas habis tawaf Buckhon Village kitorg balik ke guesthouse semula, nak isi tank perut dan charge tenaga ahahahaha. Siap sempat tidur 2 jam memasing. Tak tau la kenapa, tapi rasa tak berapa semangat je pegi Korea ni hew hew hew. Lepas asar kami gerak ke Namsan Tower.

Namsan Tower. Katanya lagi kat sini boleh dapatkan view cantik untuk tengok kota metropolitan Seoul. So dari station Myeongdong, kami berjalan kaki ke sini. Tak susah pun, ikut je website Visit Korea - Namsan Tower, siap ada gambar dan landmark penting, untuk guide kita sampai ke tower ni. Mula-mula kitorg ingat nak naik bas, tapi dah terlepas pulak, so tanya orang dekat situ, katanya baik jalan kaki je dari nak tunggu bas, tak jauh sangat katanya. 

So kitorg pun jalan la kaki, tapi sekali lagi, jalannya berbukit-bukit, so agak azab la jugak aku nak menolak stroller dengan muatan 15kg berat Aqilah lagi. Di sini banyak kejadian sumpah seranah. Sebabnya cable car dia slow nak mampus, macam tak setanding dengan kehebatan teknology lain yang ada di Korea nih! Mohon upgrade dan tambah cable car yang ada!

Entrance fee seingat aku 7000 won dewasa, dan free untuk budak 4 tahun ke bawah. Tiket beli kat situ juga.

View standard kalau di Namsan tower. Mainstream? Yes!

Nak kejar sunset, tapi sunset pun tak berapa nak sunset. Orang ramai atas ni, jenuh la nak menyelit-yelit celah-celah couple yang sedang memadu asmara duk peluk cium macam esok kiamat dah. So akhirnya lebih banyak gambar gegar walaupun ada tripod, sebab kiri kanan orang duk tolak-tolak, dan tempat pijak pun jenis kayu yang ada gegaran tu. 

So bila dah bosan dengan view yang ala kadar tu, disertakan lagi dengan makluk yang ramai tu, so kitorg buat kerja bengong sikit, Cawan paksa semua orang amik gambar, lepas tu letak shutter paling slow, sebab dia kata nak test sapa yang boleh stay still tak gerak-gerak selama beberapa saat tu! Bleh? Dan orang yang paling kalah teruk adalah AQILAH hahahah..sebab memang tak reti duk diam..Orang yang lalu lalang depan kitorg pun pelik tengok apahal diorg satu family ni kaku je kat situ tersengih-sengih amik gambar dalam gelap muahahaha. 

 Tak tau la apa yang special sangat padlock macam ni, sebab aku pegi Paris pun ada menatang nih..

Selepas kebosanan di Namsan tower, kami sambung agenda malam tu ke Cheonggyecheon stream yang terletak di Dongdaemun. Buat apa kat sini? Takde apa, saja-saja lepak nak menghabiskan sisa malam sambil makan nenas 1000 won hehehe.

Dongdaemon ni kawasan shopping sebenarnya, tapi sebab aku malas nak menjejak kaki kat setiap kedai yang ada, lagi pun tak tau nak beli apa, so aku pun ala kadar je la tengok-tengok shopping complex besar-besar kat situ. So sapa yang memang hantu shopping, elok la abiskan masa kat sini, katanya tempat ni semua bukak sampai ke awal pagi.




Hmm lepas abis makan nenas yang kitorg beli dua kali (sebab manis sangat, tak terasa kat lidah rasa payau2 tu) sambil keja usha orang, kitorg pun balik semula ke guesthouse. Tidur memang indah malam tu, maklum la penat katanya.



Ulang Tahun Aqilah yang ke 3!

$
0
0
Ni entry backdated ni. Sebenarnya birthday Aqilah before puasa hari tu, 3 July, takde celebrate beria-ia pun, sebab aku pun memang busy sangat time tu, balik rumah pun dekat pukul 9 malam, jadi aku beli je cup cakes kat Delectable, mahal nak mampus tapi takde la sedap sangat pun keknya! RM28 ok untuk 3biji ni..grrr! Pasrah sebab aku memang tak sempat nak buat apa-apa pun, Aqilah pulak sejak seminggu sebelum birthday dia, asyik nyanyi lagi birthday je, saja-saja nak hint mummy dengan daddy la tu hehehe..

Ni la rupa cup cakes yang rasanya suam-suam kuku je..tak tau la pasai apa orang duk kata sedap, ke lidah aku yang bermasalah? emm layan je la kannnn

Ok jangan buang masa, ni dah nak dekat 10 malam dah..cepat-cepat pasang lilin sebab Aqilah teruja sangat dah nak makan kek..

Sambut birthday pakai baju tidur je..action je lebih nak tiup lilin tu, padahal kipas yang tolong padam kan huhuhu..

 Ada 3 cup cakes, Aqilah pilih cake yang ada ikan paus!

 Serba salah Aqilah nak makan cake ni, nak gigit ekor dulu ke? or kepala?

Oppss..abis dah kepala ikan paus ditelan..comot! 

Dah abis makan kek, kitorg sambung makan nasi goreng kampung yang dibeli awal tadi, sebab tak sempat dah nak masak-masak, lepas perut kenyang, apa lagi tunggu..terus masuk bilik dan tidur dengan perut yang kekenyangan.. Alhamdullilah..simple je majlis kali ni..yang penting Aqilah happy..

**********************************

Selang beberapa hari lepas birthday Aqilah yang ke 3 hari tu, tiba-tiba je aku hilang ingatan pasal birthday dia tahun lepas, ada celebrate ke tak..so cari balik gambar-gambar lama..kus selamat, ada rupanya, cuma tak pernah blog je..so aku kongsikan gambar-gambar birthday tahun ke 2 Aqilah kat bawah ni. Simple jugak, semua buat sendiri, dari kek sampai ke dekorasi, semua dibuat oleh aku dan adik beradik, bab makanan lain, mak tersayang yang buat. Jemputan majlis adalah family aku dan family Cawan je, takde budget nak buat besar-besaran panggil Ning Baizura mahupun One Direction hahaha..


Ulang tahun Aqilah yang ke 2 :)

Puas hati Aqilah?  Susah payah tau mummy daddy nak buat birthday Aqilah, time mummy daddy kecik-kecik dulu takde gambar potong kek pun, mana taknye, celebrate pun tak kotttt... 




Happy Birthday Mummy!

$
0
0
Lama betul tak update blog. Nampak macam takde apa yang berubah pun, aku yang berubah adalah hehehe.

Ok berbalik pada tajuk entry di atas.. Minggu lepas aku bagitau Aqilah pasal birthday aku yang akan tiba tak lama lagi. Since then, dia la manusia paling busy sekali, tiap-tiap hari nak cari gambar kek, kononnya nak buat kek untuk mummy (meyesal betul aku bagitau pasal birthday aku tu)

So tiap-tiap hari la mintak nak tengok Pinterest. Kadang-kadang dia surf Pinterest dekat laptop, kadang-kadang dekat tab/iphone lepas tu sengih sengosorang. Banyak jugak design cake yang dia pilih untuk *party* birthday aku ni hahaha..

"Aqilah dah jumpa ke design cake macam mana untuk birthday party mummy?" tanya aku serius.
"Tunggu jap, tengah pilih la ni..ok tak yang ni??" jawab Aqilah confident.

Aku pun tengok la contoh cake yang beria-ia sangat dia nak buat tu..rupanya cake Little Pony kau! 

"Mummy pilih, nak cake Little Pony ke nak cake Dora?" tanya Aqilah lagi..
Aku buat muka kerut-kerut. "kenapa dua jenis je boleh pilih???" aku tanya.
"Ye la, mana boleh banyak, nanti membazir, teacher kata membazir nanti macam syaitan" jawap Aqilah
"Hmm ok, meh mummy pilih.."

Pilih punya pilih, last-last aku cakap nak design macam ni...



Lepas tu dia amik iphone aku, dia cek gambar tu.."hmm..cantik yang ni..tapi susah la nak buat.." kata Aqilah

"Lerr pulak..tadi suruh mummy pilih!!" mummy rasa tercabar hahaha.
"Ok mummy cari lagi yang lain..nanti Aqilah buat.." ada hati mau suh aku pilih lagi!

Fine!! Aku pun cari la design lain..setiap design aku pilih yang lawa-lawa semua dia reject, alasan susah nak buat!! Motif? bukan tadi ko yang offer nak buat kek untuk mummy? ni dah kenapaaaaaaaaaaaaa??

"Mummy dah pilih ke cake mummy nak? " tanya Aqilah tak sabar nak tau hasil pilihan kek yang aku nak.
"Belum!" jawab aku tak puas hati kekeke..
"Mari la sini Aqilah pilih..Aqilah pilih yang senang buat la, Aqilah kan kecik lagi.." 

Terus dia rampas iphone aku, scroll scroll scrollllllll...dan akhirnya, dia pilih yang ni!!



Aku rasa nak nanges je tengok rupa bentuk cake LITTLE PONY yang dia pilih untuk aku ni. Ni bukan sebab senang nak buat, ni dengki sebenarnya..hahahah

"Kenapa Aqilah pilih cake ni? buruk la...comot pulak tu.." tanya aku curious nak tau jawapan!
"Ye la..kan senang nak buat tu, sebab cake tu kecik, lepas tu colorful jugak, ada banyak..comel kan?" Aqilah jawab sengih-sengih..

"Bila kita nak beli barang buat kek mummy? nanti Aqilah nak pakai baju ikat-ikat tu mcm dulu (read Apron)" tanya dia dengan penuh yakin yang dia boleh buat kek huduh ni hahaha..
"ha nanti la hari cuti kite beli barang.." jawab aku malas nak layan dah lepas tu..sedih okay..kek buruk dia nak buat untuk aku huhuhu...

Dan malam semalam, aku saja kacau dia lagi..

"Aqilah jangan lupa tau Ahad ni birthday mummy, Aqilah nak kasi hadiah apa??" 
"Aqilah nak kasi mummy fridge magnet.." jawab Aqilah selamba, sebab dia tengah busy kemas mainan kat bilik dia.
"Ha fridge magnet?? kenapa fridge magnet??" tanya aku kekagetan!
"Kan mummy suka fridge magnet..kasi je la fridge magnet" jawab Aqilah macam malas nak layan aku hahahaha

"Aqilah dah beli ke fridge magnet tu?" aku tanya soalan bola tanggung..
"Ambik je la fridge magnet yang Kak Anash kasi mummy tu.." seposen muka dia jawab!
"HAAA FRIDGE MAGNET KAK ANASH KASI MUMMY? KENAPA NAK AMIK YANG KAK ANASH KASI MUMMY PUNYA PULAK??? " tanya aku macam tak percaya dia jawab gitu 
"Ala sama je ..fridge magnet jugak..kan ada banyak kat peti ais tu!" 

Hahahaah..pengsan anak terlebih bijak sangat ni, ingat aku yang nak kenakan dia, sekali aku yang terkena, daddy tumpang gelak je la..huhuhu nanges..takpe Aqilah, ada hari mummy balas!! AWAS!!

Budak busuk dan mengada yang bakal merebut kasih sayang dengan daddy dan adik baru..rasain loh hahahaha.




Zafran

$
0
0
Lamanya tak tulis blog, rasa kekok pulak nak tulis-tulis ni. Apapun saja nak share, yang kami dah ada ahli keluarga terbaru. Zafran namanya. 

Nama manja mengada Prince Zafran. Nama tu kakak santek yang kasik, sampai la ni lekat Prince, semoga Zafran tak perasan sangat udah la :)

Zafran lahir pada 12.12.14, berat masa lahir 3.75 kg, lahir secara normal dan sekarang Zafran dah pun genap 2 bulan. Alhamdullilah.

Sebabkan aku berpantang sendirian berhad, dan banyak masa bersenang lenang walaupun tak berapa nak senang haha, aku berjaya la jugak buat sessi fotografi berdua dengan Zafran jek, nak tunggu daddy entah bila kurun la agaknya, entah-entah dah masuk sekolah nanti pun takde gambo. 

Jom tengok Zafran walaupun hasil tak setaraf gambo macam anak Che Ta :((


Umur masa ni, baru 4 hari lepas lahir..

Bakal travelholic kah?



5 minggu




Zafran & daddy, tak leh nak ambik pic daddy dari depan, maklumla takde 6 packs :((, bertabahla Zafran oiii..

Dan ini pic Zafran yang latest sekali, dah cukup 2 bulan dah boleh senyum dan pandai nak agah-agah orang, dan yang paling pasti sekali, Zafran makin terserlah kehensemannya sampai terkalah daddy uweeeee..


Sekian melaporkan...

P/s: Insya Allah next month, Zafran akan start travel untuk pertama kalinya, semoga dapat menandingi jumlah cop passport yong Aqilah huhuhuhu


Taiwan: Taipei (Part 1)

$
0
0
Trip pertama kami untuk 2015 ialah ke Taiwan. Kali ni ada Zafran. Dari bulan Ogos tahun lepas beli masa MAS promo, alhamdullilah minggu lepas kami bertolak dan lebih seminggu kami di sana.

Secara jujurnya, bagi aku la, Taipei adalah biasa-biasa saja, tak jauh beza dengan bandar besar Asia yang lain seperti HK, Tokyo dan Seoul. Mungkin sebab aku bukan peminat bandar-bandar besar ni. Tapi ada satu dua benda menarik yang aku sangat sangat SUKA, 

1) Taipei adalah sangat baby/kids friendly, tak payah susah-susah angkut stroller turun naik tangga macam di Seoul atau HK. Lif takde la nun jauh di hujung station ke apa ke
2) Orang-orang cina Taiwan jauh sekali berbeza dengan cina mainland, diorg agak sopan, dan baik-baik. Walaupun mostly memang tak tau english, tapi diorg sedia membantu if kita datang tanya. Of course la ibu macam aku dapat special treatment kalau naik MRT or naik bas..I like :) 
3) Dan yang paling syok sekali, Taipei dan Taiwan secara generalnya, sangat breastfeeding friendly, sebab facilities untuk ibu yang breastfeeding macam aku ni bersepah-sepah, dari stesen MRT, stesen bullet train, shopping mall, airport, tempat-tempat attraction semua ada sediakan tempat khas untuk ibu yang breastfeeding! Tak macam dekat EU, mahupn OZ/NZ. So memang aku kasi 5 star untuk Taiwan :)
4) Taiwan ada banyak national park. Untuk orang yang sukakan nature dan scenery cantik-cantik macam aku ni, harus la wajib melawat dan tengok sendiri national park diorg hehehe.

Flight kami 7 March jam 1.35 AM. Memang cantik sangat la time macam tu. Semoga semua orang dapat tidur lena. Trip kali ni memang rileks abis, takde apa-apa KPI nak achieve, walaupun ada itinerary aku buat, tapi tak ikut 100% sebab malas nak follow sangat hehehe..

Inilah budak yang paling excited sekali. Dia pun ada terlibat tolong buat itinerary hari tu. Maklum dah besar macam ni, aku kena consider jugak apa yang dia suka, kalau ikut taste aku jek, takut bosan pulak dia.

Penerbangan ke Taipei cuma mengambil masa selama lebih kurang 5 jam. Dalam flight orang yang paling lena tidur adalah Zafran dan daddy. Aqilah pulak sibuk layan citer Hi-5 dia, aku macam biasa la kalau masuk dalam flight, nak tidur punya la payah, serba serbi la rasa tak selesa, tak kisah la naik AA ke MAS ke, sama jek aku tak leh tidur. Ada sekali tu aku baru macam nak terlelap, sekali Aqilah kejutkan kan aku "mummy kenapa tutup mata? kita kan pegi jalan2 ni" ..hampeh, aku baru nak rest dah kena kacau..

Sampai Taoyuan International Airport dalam jam 6 pagi. Kena isi form imigresen macam biasa. Ada satu section tu, dia tanya jenis visa. Terus aku terkesima kejap. Terpinga-pinga sebab aku langsung tak cek nak kena ada visa ke tak pegi Taiwan ni. Haih nasib baik la tak perlu visa..phew...

Lepas tu ada seorang petugas di airport tegur aku "cold..very cold outside" sambil tunjuk baju sejuk dia... Aku sengih je la kan, mengikut weather forecast, cuaca di Taipei dalam 17c-24c je, so takde la sejuk sangat kan..jaga la kau na, tengok la nasib ko lepas ni hahahaha...

Dah selesai semua urusan dalam airport, kami ke basement 1, untuk ambil bas ke Taipei Main Station. Kat airport ni, takde mrt direct untuk terus ke Taipei main station. Option yang paling murah ialah ambil bas, kalau kaya sikit boleh la naik taxi je. Kos naik bas lebih kurang RM 10-12, naik taxi pulak dalam RM120-150 (TWD 1000-1200). Jarak perjalanan dari Taoyuan International Airport ke Taipei Main station lebih kurang 50-60 minit. 

Jadual bas di Taoyuan International Airport. Destinasi, route, company bas mana, masa departure, dan main stops bas ada tulis kat situ. Selamat aku, sebab aku tak study pun, aku cuma tau aku nak pegi Taipei main station jek.

Inilah rupa bas yang kitorg naik tu. Lain company, lain rupa dan design basnya, so jangan tanya aku lelebih bab bas ni. Sebabkan bas ni kosong, hanya kami sekeluarga dan beberapa penumpang lain, so syok la nak main cop tempat memasing. Time ni la aku baru ada rasa nak tidur. Maka sempat la terlelap 2-3 round sambil pegang Zafran, tau-tau je dah sampai bandar yang sibuk. Tengok kiri kanan tak tau nak turun mana. Annoucement dalam bas cakap mandarin pulak, tapi takde pun sipi2 bunyi macam *Taipei Main station* ke apa ke..adoiii.. Last-last Cawan tanya kat brother sorang tu, kalau nak turun kat Taipei Main station turun kat mana? Sekali mamat tu cakap, "here..here.." sambil tolong tekan kan loceng bas..huhuhu..

Dah kelam kabut turun, mamat ni baik hati nak tunjuk kan jalan, dia boleh la berbahasa inggeris sikit, jenuh jugak la aku tunggu dia nak explain macam mana nak ke main station tu. So last-last aku cakap kat dia, takpe la, kitorg amik taxi je pergi hotel. Sebab hotel kami berdekatan area Taipei Main station ni, lagi pun ada beg TROLI besar 1, dan stroller nak kena hangkut, malas la kan nak bersusah payah naik mrt ke hotel.

Kami tahan taxi tepi jalan, dan tunjuk nama hotel Longshan Inn. Sebabkan dia tak paham, aku cakap la kat dia, Longshan temple! Nearby Longshan temple. Dia mula-mula angguk paham. Dan naik semua orang, dia mintak no phone hotel, pastu dia call, baru sengih-sengih dia drive. Aku lega, driver taxi pun lega hahaha. Kos naik taxi ke hotel dari tepi jalan dekat Taipei main station tadi tu cuma TWD 110 (RM11), jarak perjalanan lebih kurang 5minit je kekeke.

Dah sampai hotel, terus bayar duit hotel dan tinggalkan luggage, check in hanya selepas pukul 3pm. Longshan hotel yang kami duduk ni, adalah di area Wanhua, iaitu kawasan bandar lama Taipei. Kat sini banyak jugak tempat-tempat yang boleh dilawati hanya dengan berjalan kaki je dari hotel kami. Harga pun sangat murah. Untuk double bedroom + 1 extra bed, untuk 2 malam, cuma TWD 4500 je, inclusive tax bagai. Hotel sangat bersih dan takde bau pelik-pelik, cumanya yang tak best sebab takde lif. Tapi nasib baik ada orang lain tolong angkat beg naik atas. Kalau tak sure aku kena sumpah seranah dengan Cawan..ngeeee

Tiang signboard tempat-tempat yang boleh dilawati sekitar hotel kami. Semua walking distance je. So apa lagi..jom kita!!

Longshan temple di waktu siang. Ramai yang tengah ber'solat' di sini. Boleh dikatakan meriah la jugak. Sebabkan temple ni sebelah je dengan hotel, so aku skip dulu yang ni.

Assistant aku..rajin tolak stroller dia ni. Adik dalam tu macam bos besar angkat kaki jek ahahhaa.. Tipu je Zafran tu, dalam 15 minit duduk, terus mintak nak duduk dalam carrier. Dan sebenarnya, untuk trip ni, 80% Zafran duduk dalam snuggbaby je, stroller tu cuma perhiasan jek. Haih nasib la ko baru 6kilo je Zafran, kalau 16kilo pengsan nak carry pagi petang siang malam.

Tapak lawatan kami yang pertama tengahari tersebut. Bo Pi Liau historic block, telah wujud sejak dinasti Qing, dan merupakan kawasan kejiranan tertua di Taipei.

Kat sini merupakan jalan dan bangunan lama yang masih lagi dijaga dan dijadikan cultural dan historical center. Terletak di Kanding Road. Masuk ke sini free je.

Rumah kedai dua tingkat tradisional ni, masih ada yang dihuni dan dijadikan kedai. Selain tu, kawasan ni jugak, ada banyak menjual peralatan sembahyang, dan kedai perubatan traditional cina, macam herba-herba tu, memang bersepah kat sini.

Kat dalam ni jugak ada museum, masuk free jugak. So kalau nak tau sejarah tempat ni, harus la melawat museum ni.




Aqilah mencuba salah satu permainan tradisional di Bo Pi Liao Museum. Teruja dia dapat pukul bola besi tu hahaha, sampai tak nak balik sebab nak main! heii letih betul nak tunggu!

Senibina dan jalan di sini dikatakan berusia sekitar 300 tahun.
Bo-Pi-Liao (剝皮寮), dikatakan bermaksud ‘Skin-Peeling Hut’, ni aku ada baca dari salah satu blog chinese. Tak tau la betui ke idak hehehe.

Sejak dah besar ni pandai pulak asik nak bergambar je, layan je la. Aksi ni dia tiru model kat sebelah tiang yang tengah photoshoot hahaha..

Interior dalam salah satu rumah tradisional yang kami masuk di Bo Pi Liao.


Aqilah lagi hehehe..

Dah abis pusing kat kawasan ni, kami balik semula ke hotel untuk check in. Malangnya, dia cakap bilik tak siap lagi! walaupun time tu dah pukul 3.30pm! Hangin la aku, dah la lapo ni weh. Dalam 3.45pm baru kitorg boleh masuk. Ha lega dapat baring-baring dan makan bekalan yang dibawak dari KL. 

Lepas solat asar dan zohor, kami sambung berjalan pegi Ximen, hanya 1 station je dari hotel kami, tapi malangnya petang tu sejuk gila, dah la Cawan plak tertinggal jaket dia, aku dan Aqilah hanya berjaket jeans je, sebab memang tak expect la sesejuk macam tu. Haish potong betul, last-last takde mood nak amik gambar sebab dah terketar-ketar..penyudahnya dalam sejam macam tu kat Ximen, kitorg balik hotel, dan makan lagi hahahaha..pas tu tidor! Awal gila kot tidur, dalam pukul 8 semua orang dah selamat bermimpi. Kat Taipei ni pukul 6 dah gelap dah, ha sedapnya dapat tidur kekeke..

Bersambung...



#blackout Travelholicsawesome

$
0
0



Oh oh blackout dah tiba hehehe..




Taiwan: Wulai

$
0
0
Hari ke dua di Taipei, harini kami nak buat day trip ke Wulai, tapi sebelum tu kami ke Carrefour berdekatan dengan hotel kami. Sebabnya Cawan nak beli sweater. Katanya nak yang murah-murah je hiks, tu la sapa suruh tertingal jaket kat rumah huhuhu. Nasib baik ada sweater murah yang cuma berharga $300 NTD (RM30-+). Kami juga ada beli air dan kudapan halal yang lain, sebab dah alang-alang ada depan mata kan, nak beli kat Wulai karang takut takde halal pulak.

Dah dapat apa yang kami nak, tanpa buang masa terus ke station mrt Ximen yang cuma terletak beberapa meter dari Carrefour tadi. Destinasi kami hari ni adalah Wulai. Jaraknya dari Taipei lebih kurang 1 jam perjalanan (dengan public transport). Kami ambil mrt line hijau menuju ke Xindian station (station akhir). 

Dari station mrt Xindian tadi, kena ambil bas bernombor 849 untuk ke Wulai. Tempat tunggu bus hanya diluar station mrt Xindian. Kalau tak tau nak cari, tanya saja kat kaunter informasi dalam mrt station tu. Kalau malas tanya, jalan je keluar sikit dari station tu, dan akan nampak signboar kecik-kecik macam gambar kat bawah ni, kat situ ada nombor bas. So apa lagi, beratur la. 
Kekerapan bas ke Wulai ni adalah setiap 15-20 minit, so tak payah la kecoh nak berebut macam nak rak. Nasib la sepanjang di Taiwan ni, takde kejadian potong-potong queue, sebab semua orang Taiwan berdisplin belaka hihihi. Cuaca pagi tu agak panas, so bertabah je la kami berempat berdiri kat situ.

Wulai ni adalah salah satu scenic area yang paling dekat dengan Taipei, dan cantik. Kos nak ke sini pun murah. Tambang bas one way NTD 15. Kami pakai EASYCARD. Macam Touch n Go. EasyCard ni boleh dibeli di mana-mana station MRT ataupun 7 Eleven, Watson dan mana-mana participating outlet la yang ada jual benda ni. (Sila rujuk website EASYCARD untuk informasi yang lebih detail). Nak topup pun senang, sebab mesin dia ada kat semua station MRT, dan ada diskaun 10% dari harga asal tiket MRT tu, if pakai kad ni berbanding beli single ticket. 

Ok berbalik pada cerita kami ke Wulai hehehe. Sebabkan Chawanna memang #ilovenature, so Wulai ni memang wajib sangat kami pergi. Nama Wulai itu sendiri membawa maksud Hot Spring dalam bahasa orang asli Atayal. 

Dalam bas menuju ke Wulai, perjalanan ala-ala macam ke Cameron Highland. Tempat ni memang dekat kawasan tanah tinggi, sepanjang perjalanan memang cun la scenery, dah nampak air terjun dan sungai yang kehijau-biruan. Tak menang tangan nak amik gambar sebab kami semua terpaksa berdiri sepanjang 45 minit tu, sebab bas penuh! 

Aqilah lah orang yang paling bernasib baik, sebab ada sorang auntie ni kesian tengok Aqilah berdiri sambil terhuyung hayang peluk kaki daddy, so dia panggil Aqilah suh duduk dengan dia, walau pun cakap mandarin, tapi aku confident sangat dia ajak Aqilah duduk dengan dia hahaha. Dah la dapat duduk, minah tu siap tidur kena peluk dengan auntie tu, haih suka ati je budak ni kekekeke.

Ha sampai pun kami! Wulai adalah perhentian terakhir bas ni, so kalau naik bas tu, korang nak tertidur sampai tak sedar diri pun tak pe, sebab station Wulai adalah yang terakhir, sure korang tak tersalah nak turun kat station mana nanti hehehe. Kami ke kaunter information untuk ambil map. 

Banyak benda yang boleh ditengok dan dilawat kat sini, cara terbaik untuk explore tempat ni adalah dengan berjalan kaki, sebab semuanya walking distance. Tapi harus diingat, walaupun walking distance, tapi kawasan ni berbukit, so kalau bawak stroller ke, berat badan berlebihan ke, paham-paham sendiri la tahap kepenatan tu macam mana hehehe.

Eh adala pulak halal hehehe..leh caya ke nih?? :p

Mengikut map tadi, kami akan melalui Wulai Old Street. Aku memang suka la, dah terbayang old street ala-ala Kyoto, Takayama ke apa ke, sekali tengok kedai-kedai jual makanan, kedai buah-buahan, dan kedai souvenir, hotel dan resort pun ada jugak. So macam frust di situ. Sebabkan dah frust, terus teringin nak makan buah. Aku suruh Cawan beli buah guave yang wana pink tu, sebab macam menarik je. 

"I nak dua buah" aku jerit kat Cawan, so Cawan pun amik la dua jenis buah..
"Nah buah u nak sangat, sepuluh ringgit tau tak!" Cawan bagitau tanpa ada apa-apa perasaan..
"Ha buah potong macam sepuluh ringgit? U dah kena tipu kot.." kata aku.
"Tak tau la i, dah memang kt situ semua tulis satu paket 50, kalau dua 100 la...betul la, tipu apa pulak" kata Cawan defensive.
"Ye ke..sure la u dah kena tipu..eee mahalnya!" aku membebel..
Eii menyesal pulak aku beli buah mahal kat situ..nasib baik sedap dan nasib baik jugak Aqilah tak nak makan buah tu, so selamat la aku makan dengan Cawan jek hehehe.

Melintasi bridge selepas Old Street tadi tu. 

Ha jom la jalan melalui Lovers' trail, kot la romantik sangat kan, katanya ada banyak pokok cherry kat sini, tapi tak tau la dah kembang ke, kuncup ke..layan je le.. Zafran tu tak tau la kenapa buat muka pelik-pelik bila tengok camera..haish

Err..posing ala-ala iron man ke pun? tegak macam tiang je..hiks..

Ada toy train kat sini, tapi kitorg tak naik, sebab konon-kononya nak explore tempat ni dengan berjalan kaki..haaa rasakan....mengigil jugak kepala lutut berjalan mendaki bukit macam ni, kengkonon ada harapan la bleh kurus 5KG agaknya..ha ha ha harammmm. Aqilah pun heran awat la mummy tak mo naik train! 10 kali train lalu, 10 kali dia tanya bila nak naik train! Hahahah.. Dia memang obses dengan transportation ni, kapal terbang la, feri la, train la. Ya ampun kenapa macam jauh sangat kena jalan kaki ni huhuhuhu..bila nak sampai ke Wulai Warrior Square nih! katanya kat situ banyak pokok sakura..ngeeee

Lama jugak la kitorg berjalan nak sampai ke sini..akhirnya nampak dah rupa sungai cantik ni. Waterfall ni dekat berhadapan dengan Warrior Square tu. Lawa, sebab airnya biru kehijauan. Terus rasa segar balik badan dan mata hehehe..oh #ilovenature. Tapi mana sakuranya hoi? Penat kot aku berjalan nih..

Viewpoint nak tengok air terjun tu. Ni kira posing ala-ala mermaid + sailor kata dia..hiks



Laaaa ini je ke yang tinggal? Sebak iols huhuhu.. dah abis season ke? ke baru nak start season? 

Ha cantik kan? kan? Bestnya kalau dapat berendam dalam tu. Tapi macam tak nampak orang turun mandi pun :p

Kat Warrior Square tu, adalah 2-3 pokok cherry yang dah berbunga macam ni. Macam kelakar sangat sebab semua orang duk berkerumun tunggu turn nak amik gambar kat situ, termasuk la Aqilah dan daddy Aqilah kekekeke.


Jenuh tunggu turn, akhirnya berjaya jugak bergambar bawah pokok sakura togel hahaha..kalau tak dapat gambar ni mau daddy mengamuk sebab dah jauh berjalan hahahah..

Ni la Warrior Square tu, kat dalam ni ada la jual barang-barang souvenir, dan ada pertunjukan orang asli Atayal tu, tapi kami tak pegi tengok pun.

Pakaian tradisi Atayal.

Tempat lepak dekat Warrior Square berhadapan dengan Wulai Waterfall tu, nampak macam biasa je, tapi bunyi air terjun dan cuaca yang sejuk tu buatkan kami rasa best la duduk lepak kat situ, walaupun sakuranya tak berapa nak hado. So kami pun duduk la mengadap waterfall tu sambil bukak bekal yang beli kat Carrefour tadi. Menu tengahari ni adalah Ice lemon tea dan biskut lemon dan peanut butter brand Hwa Tai dari Carrefour Ximen beserta Roti Gardenia berperisa vanila yang dibawa dari KL. Uih makan tengah lapar memang lazat jek, berlumba-lumba tiga beranak makan, macam makan nasi ayam hahaha.

Dekorasi dinding bermotifkan orang asli Atayal disepanjang Lovers' trail menuju ke Warrior Square.

Dah selesai aktiviti makan 'lunch', kami bukak balik map.."so u nak pusing lagi ke sampai ke hujung? ke nak patah balik dan balik semula ke Taipei, hari macam nak hujan dah ni.." tanya Cawan curious..maklum la kan, bini dia kan selalu bersemangat waja bab-bab berjalan ni, sakit ke pening ke, tang berjalan semua ok jek hiks.

Setelah aku telek-telek map tu, pastu telek awan di langit, aku pun jawab "ok la kita turun la semula, kang hujan ni jenuh basah, dah la tak bawah rain coat tu"

"Ok la macam tu, jom turun..tapi boleh tak kita tak payah bersemangat waja sangat berjalan kaki ke bawah? apa kata naik je toy train tu? bolehhhhhh?" tanya Cawan lagik..

"Ha a boleh je, nak hujan ni kan, jom la cepat beli tiket train tu..kang panjang plak nak beratur.." jawab aku.

Dan of course orang yang paling gembira sekali adalah Aqilah dan daddy Aqilah. Aqilah happy sangat sebab dapat naik train comel, daddy Aqilah lagi happy sebab tak payah susah-susah nak berjalan kaki turun ke bawah huhuhu.

Tiket toy train untuk dewasa adalah NTD 50, bersamaan RM5 -+. Murah la kan. 

Ha time ni dah kelabu sangat dah awan tu, macam anytime jek, angin pun dah kencang bertiup, memang bijak sangat la pilihan kami naik train turun bawah. Tengok la Aqilah tu sengih sampai angkat kaki sebelah hahaha. Siap suruh baca doa naik kenderaan, dan tanya mana seat belt! Hoi ingat ni apa, shikansen pun takde seat belt la hahaha.

Perjalanan dari atas tadi ke bawah, cuma ambil masa dalam 5-7 minit je. Dah sampai bawah, hujan pun dah mula renyai. "Haih lain kali kalau ada train naik je la, buat susah-susah je nak jalan kaki, ha dah kurus ke???" Cawan perli..huhuhuhu

Tempat tunggu bas nak balik ke Taipei. Gelisah jugak aku masa tunggu bas ni, sebab hujan dah mula turun, Aqilah tu aku tak kisah sangat kalau basah, tapi kesian la kat Zafran. Anak emas la katakan hehehe.

Lebih kurang 15 minit tunggu bas, akhirnya kami dapat naik bas yang ke dua ada kat station tu. Lega sebab dapat tempat duduk. Sejam kemudian kami sampai ke Xindian, dan dari situ kami ambil train balik ke Longshan temple (line biru) dan balik ke hotel untuk berehat dan solat.

Longshan Temple

Di sebelah malamnya pula kami ke Longshan Temple yang terletak betul-betul bersebelahan dengan hotel kami. Malam ni kena pegi jugak sebab esok dah nak check out. Lagi pun sekarang ni diorg tengah ada lantern festival, so mesti la terang benderang dan meriah kawasan tu. Ayuh kita..

Lantern-lantern yang memancor-mancor mengelilingi Longshan temple.

Kawasan di dalam temple. Menarik jugak tengok design temple ni, sebab colorful hehehe.

Ramai jugak orang sedang bersembahyang di sini, boleh dikatakan meriah jugak la..dan diorg tak kisah kita datang ambik gambar..i is like :)


Temple ni merupakan antara temple tertua di Taiwan, dibina pada tahun 1738 oleh orang Fujian.

Colok, peralatan sembahyang mereka. Aqilah sangat teruja tengok colok ni. Terus dia cakap, dia pun nak buat macam tu, dia ingat benda tu bunga api! hahahah..penat aku explain tu bukan bunga api, itu colok, dibakar tak kuar api macam bunga api time raya tu, hahahah..frust kejap dia kat situ.

Posing depan temple pulak dengan baju tidur pulak tu hehehe.

South Korea: Teaser

$
0
0
Aku baru je balik dari Korea minggu lepas..macam biasa, mesti kena ada teaser hehehe.. mohon bersabar, tuan tanah busy sikit buat masa sekarang, hanya mampu buat ini je dulu..okeh?




















Sekian terima kasih.. tunggu full entry di musim luruh tahun hadapan okey???


Alishan: Bersakura di Zhaoping Park

$
0
0
Rancak sungguh tengok orang lain bertubi-tubi update blog. Dari manakah datangnya kekuatan rajin nak menaip dan mengadap benda ni setiap hari hoi? Aku ni dah taraf nak bersara sangat dah hahaha. Ishhh

Ha berbalik kisah trip Taiwan aku ni, salah satu sebab aku pegi Taiwan ni adalah sebab nak pegi Alishan. Sebenarnya Ali itu adalah nama orang asli yang jumpa gunung tu, shan tu pulak maksudnya gunung, maka bila dah combine jadilah Alishan! Alasan nak ke situ, sebab tempat nya macam lawa je, cantik je. Jadi aku allocate la sikit masa ke sini. Walapun macam agak leceh sikit tapi gigih jugak la pergi cari info asalkan sampai.

Alishan ni terletak di daerah Chiayi. Dari Taipei nak ke Chiayi kami naik bullet train je. Harga takde la mahal sangat, NT1180 je untuk dewasa. Besar Zafran dan Aqilah free. Perjalanan dari Taipei ke Chiayi ni ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit je, yang ambil masa lama adalah dari Chiayi nak ke Alishan tu. Ha tu nanti aku citer kat bawah. 
Tiket ni boleh beli online dekat website Taiwan High Speed Rail. Kalau rajin usha website ni, selalunya 2-3 minggu before departure date kite, diorg akan jual tiket dengan 20-30%  discount. Memang jimat jugak la. Tiket yang dibeli online boleh redeem di mana-mana convenient store yang diiktiraf, antaranya, 7-ELEVEN, FamilyMart, Hi-Life and OK Mart. Cuma tunjuk ID number kat tiket online korang beli tu dan passport. Macam aku, sebab malas nak bercakap macam ayam itik, aku terus je pergi kaunter THSR di Taipei Main station tu, dan tukar kat situ, abis citer. Tiada masalah komunikasi, dan aku pun takde la stress nak bercakap dengan gaya tangan dan kaki naik merata,


Signboard di platform bagitau train kami yang mana satu.

Sama je macam kat bullet train di Jepun. 

3 beranak yang gigih nak berjalan hehehe. Takde aktiviti nak buat dalam ni, so masing-masing melayan diri jek, nak tidur pun macam tak sempat, tau-tau dah nak sampai.

Yeay dah sampai. Nasib ada tukang tarik stroller muahaha. Kanan tu la rupa bullet train nya. Dan tak ramai pun orang lain turun kat station ni, tak pastilah mengapa!

Sebaik je sampai sini, terus cari kaunter information, sebab malas nak tercari-cari mana nak tempat bas. So tanya  kat situ, dia cakap bus lagi 5 minit nak jalan! Di suruhnya hurry! hurry! Katanya lagi, tiket bas semua bayar dalam bas! Omg mengigil kejap kaki lutut nak kejar bas, walaupun dia cakap dekat depan pintu masuk station ni je, tapi paham-paham la ada Aqilah ni, orang suh cepat dia nak tengok sana sini la apa la. Tapi nasib baik amoi kaunter tu baik, dia roger-roger driver bas tu, so bas tu pun tunggu kami. Seat kosong ada dalam 5 lagi! fuh lega.

Sebenarnya ada dua cara nak naik ke Alishan ni. Kalau ada banyak masa, boleh la merasa forest railway, Tapi timing train tu limited sikit. Sebab train dia sehari ada 1 je tak silap, timing forest train tu sangat tak cantik, pukul 9 pagi plak tu, if miss train tu, sila la naik bas atau teksi. Untuk pengetahuan, forest train tu sekarang hanya beroperasi dari Chiayi train station (station keretapi lama, bukan station high speed train okay!) dan destinasi terakhirnya adalah Fenchicu. Dulu train ni naik sampai Alishan station, tapi sejak kena gempa bumi, track train yang naik ke Alishan abis rosak, so hanya separuh jalan je la. Dekat Fenchicu kena naik bas pulak ke atas. Perjalanan dari Chiayi train station ke Fenchicu tu mengambil masa 3.5 jam katanya. So if korang nak merasa naik train berjam-jam dan jalan melingkar sambil menikmati pemandangan lawa, silalah naik train tu, dan make sure beli tiket awal beberapa hari ye, sebabnya tiket train tu selalu sold out.

So memandangkan aku malas nak berkejaran semata nak merasa naik train hutan tu, so aku opt untuk naik bas je dari station Chiayi (high speed train station) dan terus ke Alishan. Bayar tiket pun murah je lebih kurang NT120-200 per person (dewasa). Dari station yang aku naik ni, bus yang pergi Alishan cuma ada dua je, jam 10 AM dan bus akhir pukul 11.30AM. Kalau nak naik bas yang sentiasa ada setiap jam, korang kena amik di station keretapi lama Chiayi, yang dekat forest train tadi tu. 

(Nota: Station Keretapi Lama dan Station High Speed Train ni, dua tempat yang berbeza ya, pastikan rancang perjalanan betul-betul)
Ni la rupa bas yang kami naik tu. Nasib Aqilah dan Zafran ok je, takde muntah ke apa ke, sebab jalan dia ibarat macam naik Cameron Highland. Yang rasa nak muntah adalah aku huhuhu. Bas ni ada berhenti untuk toilet break, sementara tu boleh la cuci mata tengok kedai-kedai jual teh mahal-mahal tu hehehe

Lebih kurang jam 1 PM, kami tiba di Alishan station. Before masuk ke kawasan Alishan Scenic Area ni, kita kena bayar fee dulu, sebanyak NT150 kot, (tak ingat sebab bukan aku yang bayar hehehe) Alishan ni kecik je town dia, pekik sana, sini boleh dengar. So before kitorg pergi hantar beg ke hotel, kitorg stop kejap dekat Alishan information counter sebab nak tanya-tanya apa yang patut.

Aktiviti hari ni nak tengok sakura kat Zhaoping park dan kawasan sekitarnya. Bila tengok dalam map, semuanya macam dekat je, maklum la kata pekan kecik kan. Tapi sebabkan nak merasa naik forest train, kitorg pun naik train je la menuju Zhaoping park ni. Tiket murah je, dan perjalanan ke Zhaoping park dari Alishan station tadi cuma 5 minit je hehehe. 

Chuuu chuuu..ha sampai pun... dengan tak makan lunch, gigih sungguh nak pegi tengok sakura pulak kan huhuhu.

Keluar je dari train tengok orang penuh depan station tu tengah bergambar dengan pokok sakura Taiwan. Aqilah pun tak nak ketingalan! Macam la tu satu je pokok yang berbunga pun hehehe. 

Ha selfie!

Amboi! Cenggini gaya nampak tanah la, bukan nampak sakura..yapeda! Semua yang lalu sengih je tengok Aqilah. Aqilah pulak tanya, kenapa orang tu cakap cina dengan Aqilah? Dah nk suh orang speaking english pulak ke? Kita kat negara jajahan China ni tau, harus la speaking cina kekekeke.

Sebabkan park ni agak besar, so kitorg belasah je la ikut arah mana kaki nak melangkah. Nasib tak ramai sangat orang, so puas la bergambar sana sini. Cuaca pun macam ok, walaupun kejap berkabus, kejap langit biru, sejuk sangat pun tidak, panas pun tidak, kiranya macam duk dalam ekon yang bersuhu 19 celcius tanpa angin! ha macam tu! boleh bayangkan tak? hahahah..

Atas tu viewing deck. Kami kat bawah. Yang aku tak berapa paham tu, katanya dah season sakura, tapi ada je pokok yang togel dan ada yang lebat. Tak pasti la kenapa sedemikian, mungkin baka lain-lain kot hiks.

Dia ni pantang nampak bridge je, mesti ajak naik. Tak tau la bridge fetish ke apa ke hahaha.. So layan je la, tutup mata pun boleh! Kat belakang tu banyak la pelbagai jenis pokok sakura. Dari pembacaaan aku, pokok sakura Taiwan, bunganya berwarna deep pink, kalau yang bunga putih atau pink tu jenis Yoshino, macam kebanyakan yang ada di Jepun, Korea, NZ dan di mana-mana lah!


Aqilah atas bridge berlatar belakangkan Formosan(sakura)Taiwan.

Pokok Ceri Formosan atau Prunus campanulata, merupakan pokok sakura Taiwan.

Tona pink yang berbeza. Tak rugi pegi sini walaupun banyak tangga macam lahanat! 

Yoshino sakura yang biasa dilihat di Amsterdam dan NZ dulu.


Orang sibukkan sakura, dia sibukkan bunga kuning ni. Bunga apa ni ha kak Anash?? sila explain kat bff akak ni..


Kali ni langit tiba-tiba biru..ha apa lagikkkkk..gambar lagi dan lagi dan lagi dan lagi la hehehe

Meriah!

Zafran macam biasa, mesti lah tidur je! Baby wearing made travel easy gitu. Pastikan anak korang naik carrier yang berkualiti dan ergonomic ok! Jangan beli carrier brand sebarangan yang tak pasti keselamatan dan keselesaan si kecil anda. Btw, aku pakai snuggbaby, memang best! Masa Aqilah dulu pakai brand mothercare, masa tu aku bodo lagi bab2 babywearing ni, kesian Aqilah, nasib tiada kecacatan pada otot peha sebab duduk tergantung tanpa support yang selesa hiks..

Ya, masih taksub dengan bunga kuning tu. Tak usah menipu la cakap wangi, sebab takde bau pun cik Aqilah oi..hahaha

Sebabkan amik gambar pokok bunga ni bukan la sesuatu yang sangat best kalau dah berjam tu kan, maklum la rupa daun dan pokok tu sama je, mula-mula excited la, dah sejam dua lepas tu ko mula la rasa nak muntak tengok pokok bunga pink sana sini kan. So apa lagi, dalam kelaparan tahap dewa dari pagi tak makan heavy, dengan kaki dah lenguh naik turun naik tangga dari tadi tak duduk, kami berhasrat murni sangat nak sambung pegi Sister Pond yang kononanya ikut signboard tu cuma 500meter je dari tempat kami berdiri...makaaaa ayuh lahhhhh

Berpuluh anak tangga dah kami turuni, tapi bayang Sister Pond tidak kelihatan jugak..last-last jumpa dua orang budak pompuan cina termengah-mengah naik menyusuri anak tangga sebelah kami. Berpeluh-peluh dalam keadaan cuaca sejuk adalah tidak cool. So aku suspek sesuatu yang fishy sangat. Aku toleh semula kebelakang, anak-anak tangga tu macam tersengih je menganjingkan aku hahahah.. Ahhh sudah..jom patah balik! tak koser la nak turun lagi, lapo ni tahu! aku jerit kat Cawan. Nasib laki aku seakan-akan mengerti, sebab aku tau dia lagi lapor dari aku walau tak menghasilkan susu macam aku. So tanpa banyak soal, perlahan kami mendaki anak tangga laknatullah itu satu persatu sambil beristigfar hahaha..

Yeayyyyy..bridge lagi.iya?

Seribu sesalan.huwaaaa...

Jom balik!! Lapo nak makan nasik!!! tahap mengigil dah ni..adat la ibu menyusu asik kena sedut je, topup nya idak..ya ampun sangat. Sebenarnya boleh je jalan kaki balik hotel, tapi aku tak rela, sebab tu naik jugak last train ni, lagi pun dah beli return ticket tadi NT80. Tak silap aku last train dia dalam pukul 4 PM. 

Semoga esok kaki masih gagah nak menapak lagi hahaha

Eh dah bangun? Hahahah u missed all the 'fun' dear!  

Dekat Alishan ni, hotelnya agak limited, so make sure booking awal kalau nak pergi, especially peak season macam aku pergi ni. Kami menginap di Dafong Hotel. Hotelnya lama, dan mahal, facilities biasa je, tapi bersih. Staff boleh la cakap english, walaupun kadang-kadang dia garu kepala nak cari perkataan nak explain. 

Dan yang paling sakai aku rasa, bila dia kasik kunci bilik, yang bercharacter chinese. Dia cakap tu nombor bilik. So aku pandang kunci, dan pandang dia balik dan tanya.."and the room number is...???" dia jawab, sambil buat simbol 99.."nine nine" sambil tunjuk kunci tu..dan aku sekali lagi terbeliak mata tengok kat kunci tu..dan berkerut dahi kejap nak digest.."hmm nine nine?..but where's the number.. ??" dia start gelabah, lepas tu Cawan mencelah, character chinese tu la "nine nine" dia cakap tu..I tau nak tengok.... kata suami aku tersayang...hahahaha ba** kenapa tak cakap dari tadi!!!! HAHAHAHA tak tau nak nanges ke apa, memalukan sungguh la! Aku lupa dia boleh baca dan paham mandarin sikit, tapi lagi sakai bila dia biar je aku pi tanya berkali-kali tanpa bagitau yang dia tahu nak tengok nombor tu kat pintu nanti! Eiiii rasa nak lempang-lempang je seseorang tu.


Bilik oh bilik..Harga 2 malam untuk triple room lebih kurang RM800+. Paling best sebab tilam sedap dan ada heater..Malam memang sejuk nak mamps! elok sangat ada heater tu huhuhu

Dah la bilik tingkat 3, takde lif! Tapi nasib baik diorg yang angkutkan beg, sampai je level 3, terus Cawan cari nombor bilik "nine nine" tadi..phew..nasib baik betul. Lega tengok katil kemas dan bersih, tak sabor nak landing sambil makan nasik atas katil! Oh ya kami bawak rice cooker masa trip Taiwan ni, sebab makanan halal agak susah nak cari kat Taipei tu, walaupn ada, tapi limited. Kat Alishan ni usah cakap la, memang takde langsung hoi!


Entry Rindu

$
0
0
Saja je nak share, sebab dah lama tak upload blog. Hari ni macam asyik teringat kat budak berdua tu je. Tak sabor nak balik kerja, nak picit2 budak berdua tu sampai penyek! Hahaha

Zafran, 8 bulan. Merangkak lulus! Berdiri sambil pegang bucu katil/sofa/tiang/dinding pun lulus! Hobi terbaru suka masuk dapur, ada orang ke, takde orang ke, tetap pegi jenguk dapur. Nak ikut daddy awak ke terer masak ha? Lepas ni, tingal nak lepas tangan dan angkat kaki berlari laju laju plak.. Awas mummy, daddy, dan Yong Aqilah huhuhuhu..

Photoshot bulan lepas..tema handyman hahahaha, bulan ni takde tema lagi..semoga mummy istiqomah hendaknya.

 Zafran dan Aqilah testing baju sejuk 2 minggu lepas, semoga ada ticket untuk trip winter ni..Ameen!

Zafran ketika 7 bulan, cheeky abis dia senyum, confirm la hensem macam daddy ni hiks..

Selberg?

$
0
0
Ini adalah entry merapu. Sila bertabah.

So semalam, lepas pick up Aqilah dan Zafran dari sekolah masing-masing, aku pun terus la ke dapur nak masak untuk dinner. 

Kemudian, datang la minah salleh sorang ni, dan bertanyakan sesuatu yang amat rare sekali..hiks

Aqilah: Mummy, can I have the Selberg?
Aku: Haa? apa ke bendanya tu? 
Aqilah: Selberg..you know Selberg??? (muka kerut dahi, sambil berpeluk tubuh)
Aku: No..I dont know what Selberg is.. (sambung potong carrot, aku malas nak layan, sebab aku tau dia duk berdiri tepi pintu peti es tu, sebab memang tu habit dia lepas balik sekolah, mesti scan peti es tengok apa yang ada dia leh bedal before dinner, coklat ke, air ke, buah ke, apa sajalah yang boleh makan)
Aqilah: Hmm mummy..I know you know what SELBERG is!
Aku: Apa bendanyaaaaaaaa...selberg! selberg! bukak je la peti ais tu..ish
Aqilah: Well..you know, that thing covered in chocolate? and inside got wafer? (angguk-angguk kepala sambil main mata tengok aku hahaha)
Aku: Oh yang beli semalam kat marks & spenser tu ke?
Aqilah: See I knew you know what selberg is! 
Aku: huh? kenapa panggil selberg? Itu kan coklat wafer, mana ada tulis selberg! 
Aqilah: Selberg la tu..ala mummy ni, itu pun tak tau..
Aku: (Rolling eyes satu kali!!! what the heck la ko merapu ni? aku berkata-kata dalam hati..)
Aqilah: Ok mummy, Aqilah nak makan ni, mummy masak apa tu? (tanya tak ikhlas, sebab dia tak pandang muka aku pun lepas dapat Selberg dia..)

Ye itulah Aqilah, kalau bab merapu dan memperkotak-katik kan mummy memang nombor satu. Nyaris aku tak hantuk kepala nak digest apa binatang selberg tu hahahah..

So di bawah ni la rupa SELBERG yang dimaksudkan Aqilah tu hahaha..

Aqilah di hari kejadian, before pegi beli SELBERG dia kat Marks & Spencer KLCC..Sempat try boots 2-3 kali.

Since aku pun agak curious nak tau apakah Selberg itu, dan dari manakah dia dapat tau perkataan ni, aku pun google la, dan berikut adalah hasil pencarian hahahaha..


At least memang wujud la SELBERG itu, tapi bukan dalam bentuk wafer bersalut coklat mengikut definisi Aqilah :)


Alishan: Giant Trees Trail

$
0
0
Hari ke dua di Alishan. HUJAN. Dari pagi sampai ke petang! Hmmm. Cadangannya hari ke dua ni nak pergi jalan-jalan dekat area Sacred Tree tu, memang itu la tujuan aku ke sini, sebab nak lalu sendiri di celah-celah pokok gergasi yang merupakan simbol utama Alishan ini. Tapi kalau dah hujan macam ni, jom la tarik selimut balik.

Dekat sejam jugak kami menuju, kot-kot la hujan berhenti, malangnya tidak. So kami decide nak pergi breakfast sekejap, sebab ada voucher breakfast hotel ni kasi. Tak pasti la pulak apa yang bakal dijamu. Kita cuba-cuba la tengok dulu.

Sementara kami sedang terpinga-pinga duk usha orang dalam restoran tu makan apa, tiba-tiba kami disapa oleh seseorang dari tepi. "Malaysia?".."ye, Malaysia..""Datang sini sendiri?" tanya uncle cina tu. Lepas tu dia pun tanya kami, voucher dah kasi ke kat makcik tu? Pakcik cina tu dari Malaysia jugak, dia datang bercuti dengan family dia. So sempat la kami sembang-sembang kejap. Diorg pun rasa tak percaya kami yang tak tau berbahasa cina bleh sampai ke Taiwan. Hahaha..

So sebelum upacara makan-makan kami bermula, pakcik tu panggil kami berdua, dan explain setiap satu menu tu. "Ini you boleh makan..ini roti kosong, ada jem strawberi, butter..sana tu, bubur nasi kosong, you boleh makan juga, takde apa isi dalam sana. Ini dalam tong ini, air soya panas..boleh minum jugak. Yang lain you tak payah ambil..". Lega aku dan Cawan mendengarnya. Thank you so much uncle. Macam ni barulah 1 Malaysia! Siapa la yang pandai-pandai sangat kata kami rakyat Malaysia racist ha??? Depa kat atas nun yang racist, tak sedar diri nak kata kat kami  ni! Puiii

Lepas makan, kami naik semula ke bilik, dan sambung tidur, niat dihati nak ke Sacred tree macam tak tercapai je, hujan agak lebat pulak lepas makan tadi. Lepak bilik sampai la pukul 12 tengahari. Lebih kurang pukul 1 lebih, hujan dah mula berhenti. So kami pun siap-siap untuk keluar. Gembiranya tak tau nak cakap macam mana! Tak sabor dah rasanya nak pegi tengok hutan tu hahaha.


Peta Alishan. Hari ni kami nak pusing yang dalam bulatan warna oren tu. Ambil forest train dari Alishan station, beli tiket menuju arah Sacred Tree station. Harga tiket train return dari Alishan ke Sacred Tree station ialah NT50 (one way) / NT80 (return) untuk dewasa. 

Ni jadual forest train dari Alishan > Zhaoping dan Alishan > Sacred Tree vice versa. Kalau termiss train ni takpe, boleh jalan kaki hehehe. Jarak Alishan ke Sacred Tree lebih kurang 1.5KM, manakala dari Alishan ke Zhaoping (tempat aku tengok sakura semalam) hanyalah 700m dari Alishan station. 

Tak sampai 10 minit menaiki train, kami dah sampai di Sacred Tree station. Perjalanan ke sini agak berkabus. Excitednya!



Dan pokok yang dah tumbang ini, adalah pokok cypress paling famous dan paling tua di hutan ini, umurnya lebih kurang 3000 tahun, tinggi 55m. Pokok ini ditumbangkan oleh pihak berkuasa sebab dah berapa kali kawasan ni kena gempa bumi. dan kedudukan pokok ini pun dah jadi tak berapa stabil, so pada tahun 1998 adalah secara rasminya pokok ini 'dibaringkan' macam ni. Lokasi tempat persemadian pokok ni betul-betul di depan Sacred Tree station tadi, sekali pandang ko rasa macam takde apa pun, sebab nampak macam pokok biasa je hiks. Tapi bila baca papan tanda di tepi pagar tu, baru la tahu sejarah dan info pokok ni.

Lepas tengok pokok tadi, kami jalan kedepan lagi dan kena naik tangga untuk mulakan perjalanan kami menuju ke Giant tree trail yang dikelilingi oleh pokok-pokok cypress dan fog.

Yesss..tangga lagi hahahaha..sila bertabah! Oh ya, lupa nak beritahu, masuk ke sini tak perlu bayar apa-apa fee, sebab masa mula-mula masuk ke Alishan Scenic area semalam, kami dah bayar entrance fee sebanyak NT200 seorang. 

Salah satu pokok cypress berusia ratusan/ribuan tahun yang bersaiz giant!

Walking trail macam ni memang memudahkan untuk pencinta-pencinta alam yang suka masuk hutan. Pakai selipar jepun pun lepas nak jalan dalam ni. Walking trail ni masih terjaga rapi takde la lubang sana sini, so selamat la nak lompat ke apa ke. Cuma kena berhati-hati sikit, sebab lepas hujan, agak licin jalannya.

Apa yang paling aku suka tentang tempat ni, sampai mengigau-ngigau dari Malaysia lagi, adalah nak merasa sendiri berjalan di celah-celah pokok yang besar dan tinggi, sambil disertai oleh fog. Macam mystical sangat rupanya tempat ni. Harusla aku teruja kan.

Dah la takde orang sangat, cuma kedengaran suara kami berempat je. Mungkin sebab masih hujan renyai-renyai, jadi takde sapa sudi datang ke sini, melainkan kami sekeluarga je yang gigih. Of course la kan! Datang dari KL kan, nak repeat lagi entah bila, so redah je la.

Suasana dalam hutan ni agak kelam, dan dipenuhi dengan fog. Memang aku dah feeling-feeling macam dalam citer LOTR yang scene kat Fangom forest tu, walaupun takde la sama sangat, tapi layan je la! Yang penting dark and foggy gitu hiks. Masa kat dalam ni, aku dan Cawan tak habis-habis mengagumi hutan ni. Serius cantik weh. Eii tak tau la nak cakap macam mana. Mungkin orang yang suka tengok benda macam ni je kot tau macam mana rasa tu kot?

Suka! dan suka dan suka dan SUKAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...

Menuju darkness hahaha..

Suruh Aqilah panjat tepi pokok tu posing. Aqilah cakap nak cari woodpecker kat sini, tapi aku suh intai bawah tu ada ke tak, tak berani pulak dia hahaha.

Jalan lama-lama kat sini memang rasa aman damai je, udara pun bersih sangat. Boleh rasa ion-ion positive sedang dicas di dalam badan ni. Ya Allah..kalau la boleh dapat udara bersih setiap hari macam ni. Seriusly kalau korang pegi Taiwan, dan sukakan tempat-tempat macam ni, silalahhhhhh..silalah ke sini! 

Konsentrasiku dan kedamaian yang sedang aku kecapi tadi, tiba-tiba hancur berkecai, apabila Aqilah tiba-tiba cakap nak kencing pulakkkkkkkkkkkk!!! Grrrrrr.. Terus adrenalin aku yang menyorok entah dimana tiba-tiba keluar semula! Sebab nak kena cari toilet, kang tak pasal terkucil dalam seluar pulak..uwaaaaaa

Aku suruh daddy Aqilah je bawak dia pergi toilet tu. Nasib la ada toilet berdekatan dengan museum Alishan yang ada dalam ni. Sementara aku pulak, lepak-lepak la dekat luar dengan Zafran dalam hujan tu. Sempat la baca-baca papan info ni tentang pokok yang ada kat situ.

Ini pula Three Generation Tree. Katanya yang 1st generation tu dah mati dan berusia lebih kurang 1500 tahun, lepas tu, entah macam mana, ada pokok ke dua dan ketiga tumbuh, hasil daripada sumber pokok dan benih pokok yang mati first tadi. Dan pokok yang ketiga tu mula tumbuh sejak 150 tahun dahulu, dan masih hidup lagi sekarang ni. Subhanallah!

Sedar tak sedar kami jumpa jalan besar pulak. Dari sini, kami sambung perjalanan kami ikut trail dari Shenyi Bridge. Pokok sakura tak banyak dalam ni, mungkin tak sesuai agaknya kot duduk dalam hutan macam tu. Walahualam.

Shenyi Bridge. Trail pendek dari sini menuju ke arah Sacred Tree station semula. Di kawasan ni ada lebih kurang 20 pokok cypress.


Trail yang kedua kami pegi ni, agak pendek sikit, 450m je dan lebih mudah sebab kurang tangga, berbanding walking trail yang mula-mula tadi. So kalau yang ada anak kecik tu, tak payah la bawak stroller, sebab tangga di merata-rata sepanjang trail ni, seeloknya bawa saja carrier.

Ha dah sampai semula station Sacred Tree, semput jugak nak mengejar ke sini dari tadi walau pun dekat, sebab ini last train untuk balik ke Alishan! Kalau tak terpaksa la menapak dalam hujan balik hotel.

2 jam lebih kami di sini, memang berbaloi walaupun terpaksa meredah hujan. Dapat la merasa berjalan dalam hutan yang penuh misteri sebab ada fog tebal, yang buatkan aku berasa di alam fantasi hahaha.. Over betul statement!


Ayuh..jom balik..

Walaupun awal lagi balik hotel, sebab masa tu baru pukul 4.30 petang, tapi sebabkan hujan..hmmm


Yep dah sampai! Sebelum balik hotel, kami sempat singgah di 7E untuk beli roti dan bertanyakan tentang jadual bas untuk balik ke Chiayi esok pagi. Malangnya tiket bas tak boleh dibeli sehari awal, kena beli masa nak pegi tu saja. So nampaknya awal-awal pagi esok sajalah kami beli.

Jadi konklusinya, Giant trees trail ni memang best walaupun apa juga cuaca korang pegi, sebab kalau ada matahari, nanti cahaya matahari tu akan menembusi pokok-pokok tu, dan mungkin juga kurang mistikalnya sebab kemungkinan tiada kabus, apapun, aku yakin tempat ni tetap cantiklah!  

Banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat di Alishan ni, kalau cuaca mengizinkan dan ada banyak masa boleh la buat macam-macam, sila lihat sini kalau nak tau lebih detail > Alishan Info.

So malam ni apa aktiviti? Hahahaha tidur je la, malam-malam kat Alishan takde apa pun! Ibarat pekan mati huhuhu.

Hijab Style

$
0
0
Sejak kebelakangan ni, aku tengok dah macam-macam jenis hijab ada. Kalau tanya aku, memang aku setia je dengan tudung bawal aku. Cuma kebelakangan ini, aku bagai rasa dicuit-cuit hati ni untuk mencube style hijab yang baru. Yang pastinya kriteria style tersebut, haruslah dan WAJIB tutup dada dan tak jarang, dan tak warna warni sangat sampai mat bangla potong rumput pun boleh perasan ehehehehe..

Antara hijabster yang aku suka tengok cara-cara hijab style dan pengayaan mereka adalah Vivy Yusof, Dato Siti Nurhaliza dan adalah beberapa orang lagi. Sebab apa suka tengok gaya mereka? Sebab tak serabut dan simple je! Takde la berlilit-lilit bagai nak terjerut leher, ataupun bersanggul tinggi macam sarang tebuan, dan yang paling penting bukan jenis tudung bertraffic light bertingket-tingket macam mangkuk tingkat tu hahaha.

Contoh macam gambar bawah ni,hijap style yang sangat simple tapi sangat sopan..ayu je kan! Hmm mungkin dah tiba masanya aku tambah koleksi tudung sedia ada? maklum lah dah hujung bulan ni..ehem ehem..
Gambar dari Zalora

Dan yang paling best sekali adalahhhhh…dengan zaman berteknologi canggih manggih ni, jual beli tudung boleh dibuat secara online, bukan tu saja! Pilihan pun banyak sampai penyudahnya, nak pilih pun payah uols. Harga pun ada yang murah dan ada yang mahal, so boleh beli ikut kemampuan. Kadang-kadang yang murah tak semestinya tak cantik kan? Cuma perlu kreatif sikit je ahaks, ataupun boleh google je hijab style fashion tips, haaa berderet la keluar macam-macam! Untuk emak-emak macam aku ni, elok sangat la cari hijab style yang simple jek, maklum la ada anak kecik, kalau banyak-banyak sangat pin kat hijab, silap-silap anak kita tercekik pin tudung pulak hehehe. 

Yep, aku dengan hijab style yang baru 24 minggu yang lalu..lol 

So sekali lagi, thank you kepada semua pengusaha tudung serata dunia, yang telah menaikkan martabat hijab ni, sampai aku yang setia dengan tudung bawal pun boleh tercuba style hijab alaf baru hiks! 

Dan yang paling penting, dulu isu berhijab/bertudung ni pada suatu masa dedulu, orang ramai pandang sepi, kononnya kolot, tak maju, bosan etc etc. Tapi hari ni, alhamdullilah, semua tu bukan lagi menjadi isu. Tapi harus diingat, berhijab la kerana Allah swt dan ikutlah guideline yang ditetapkan oleh Al Quran, jangan semata-mata nak ikut trend saja, supaya usaha kita nak berhijab ni dapat redho Allah dunia akhirat..Ameen! J







Jeju Island - Seongsan Ilchulbong Peak (Entry Bisu) - pt 1

$
0
0
Macam biasa la aku ni, bila dah malas, keluarlah entry bisu hihihi.

Trip tahun 2013 kot, memang sorry la aku nak ingat semua details.  Cuma yang aku masih ingat, Jeju Island ni memang lawa. Dan aku ingat, Aqilah masa ni baru 3 tahun. Dan aku ingat kerete sewa yang kitorg sewa tu, kuat makan minyak! Dan aku ingat hotel yang kitorg duduk tu dekat dengan airport, dan aku ingat jugak yang kitorg pergi sini masa bulan October 2013 hihihihi.

Tempat pertama kitorg terjah ialah Seongsan Ilchulbong Peak. BEST sini, sebab view lawa.










Crater di Seongsan Ilchulbong.














Amacam? Cantik kan tempat ni.

Nota penting:
Tempat ni tak berapa stroller friendly, so sila bawa carrier atau suh anak korang berjalan sendiri. Nak hike tempat ni tak susah pun sebab ada tangga dan walking trail dia, so ikut je la, janji pakai kasut yang sesuai.

Sila refer sini, untuk information lebih detail lagi Seongsan Ilchulbong Peak

Itinerary South Island - New Zealand

$
0
0
Salam, semoga semuanya sihat-sihat belaka. Ni cuma short entry je, sebab aku sekarang agak busy dengan hal-hal kerja dan rumahtangga. 

Entry ni cuma nak respond pada email-email yang aku terima dari beberapa orang traveller yang merancang hendak ke New Zealand. Ramai yang request mintak itinerary. Jujurnya, aku bukan tak nak kasi, tapi itinerary aku dulu memang dah hilang, sebab aku pakai laptop office, laptop tu rosa sampai harddisk dia tak leh diselamatkan lagi, penyudahnya, itinerary Europe, India, NZ, dan semua2 yang lama-lama dulu hilang. Aku pun bukan jenis buat backup hal-hal macam ni, sebab sekali pakai je kan.

Jadi harapnya jangan la korang yang email tu berkecil hati kata aku kedekut ilmu dan sebagainya hahaha, sebab memang aku takde dah softcopy itinerary tu semua, hardcopy lagi la kan! 

Tapi apa pun, korang still boleh refer pada semua entry New Zealand - South Island aku untuk jadikan panduan masa nak rancangan itinerary korang tu. Sila refer pada link ni Blog Entry South Island, NZ. Apa yang aku  blogkan, memang ikut susunan itinerary aku, cumanya mungkin nama holiday park/car rental company semua aku tak nyatakan.

Ni je yang aku ada hahaha..kalau sapa mata dia terer, tgkla tulisan2 tu, insya Allah still boleh nampak lagi. Tapi yang detailed iti kat bawah tu, memang tak dapat la nak tolong huhuhu..

So ramaikah yang dah beli tiket AA ke Auckland hari tu? Bestnya la! Aku tak beli pun, sebab tahun ni aku dah perabis duit pegi Sapporo dan Tasmania baru ni. Kalau ada rezeki teringin jugak nak ke North pulak.

Ok jom cuci mata dan cuit hati-hati para traveller yang dah beli tiket ke NZ tu, semoga dapat pedoman hahaha..

 Lake Tekapo

 Queenstown

 Milford Sound

 Blue Pools

 Elephant Rocks

 Lake Matheson

 Moeraki Boulders

 Akaroa

Taman sakura, somewhere dekat area Akaroa 

Amacam? Excited? Hehehe aku tengok gambar lama-lama zaman 2011 ni pun excited dah! So selamat bercutilah korang! 




Tasmania: Roadtrip to Eastern Tasmania (Part 1)

$
0
0
Bulan Mac lepas kami ke Hobart, melalui Melbourne. Tiket murah-murah je, sebab fefeling nak road trip, maklum la dah ada extra baggage ni, turun naik train tu memang ehem sikit, kalau berdua je takpelah hihihi.

Kami menaiki Jetstar dari Melbourne ke Hobart, harga tiket return setiap orang lebih kurang RM300+ seorang, agak murah la jugak. Tiba di Hobart Airport dah senja. Campervan yang kami sewa ialah dari company Apollo, tapi business hour diorg dari 8AM-4.30PM saja, so next day baru kami ambil campervan. Untuk malam ni, kami sewa kereta kecik je dulu, dan duduk semalam di Hobart CBD. Jarak Hobart Airport ke Hobart CBD ialah lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki kereta. Lepas check in hotel, kami keluar semula, untuk beli groceries di Coles nak stock up dalam motorhome kami nanti. 

Suka betul budak berdua ni lepak dalam ni. Aqilah suruh daddy beli "kereta" macam ni kt KL nanti hahaha.


Esok harinya, seawal 8 pagi, kitorg kembali semula ke Hobart Airport untuk pickup motorhome kami. Kitorg pilih EURO Deluxe, 6 berth, dengar harga AUD 1684.10 (harga termasuk insuran, yang berharga AUD 44 sehari), kalau tak ambil insurance, memang boleh murah lagi, tapi kami tak mahu ambil risiko, jika terjadi apa-apa, so tabahkan je la hati nak bayar insurance tu. Kami pilih insurance yang bondnya hanya perlu bayar AUD 250 saja if apa-apa jadi.


Sebelum mula trip kami, Apollo staff yang bertugas, telah bagi sedikit briefing tentang nak guna motorhome ni, cara nak isi air di tank, buang grey & waste water, charge power plug, dan tips-tips lain yang penting untuk operate motorhome ni. 


Plan hari ni, dari Hobart kami akan melalui Swansea, Spiky Bridge dan akhir sekali kami akan stop di Freycinet National Park, dan bermalam di sana. Bismilah..ayuhlah kita ber"roadtrip" huhuhu.. Berdebar jugak rasanya bila duduk dalam ni, semua passenger kena duduk di ruang meja makan, sebab hanya kat situ je ada seatbelt. Tapi paham-paham je la ada budak ni, kadang diorg nak berjalan la, nak baring la sebab dah tau ada katil. So ada la jugak diorg lepak-lepak kat belakang tu. Tapi harus diingat, memang tidak selamat kalau jadi apa-apa jika duduk dekat belakang ni, sebab melantun-lantun masa dalam perjalanan. Bunyi alatan memasak dalam cabinet usah cakapla, memang bising tong tang ting tong sana sini hahaha. Mula-mula tak biasa jugak, tapi bila dah lama-lama rasa immune dengan bunyi tu semua, dan kami pun lepas tu pandai dah nak susun supaya boleh kurangkan bunyi bising tu. 


Harus di ingat, walaupun ada toilet dan shower dalam tu, tidak bermakna korang boleh buang air kecil dan besar mahupun mandi sesuka hati ketika kenderaan bergerak! kena berhenti dulu okay! kalau tak, memang nahas la duduk dalam tu hahaha.


Salah satu beach di kawasan Swansea. Kami main stop je mana-mana yang kami rasa nak stop, sebab tak ikut sangat itinerary yang kami dah buat hihihi. Cuaca tidak menyebelahi kami pada hari ini, sekejap cerah, sekejap lagi mendung, kadang-kadang langit biru tanpa matahari, kadang-kadang kelabu asap! Hui tension jugak, memang boleh spoil mood huhuhu.


Posing depan motorhome! Yang besar ni, boleh muat 6 orang! Siap dengan dapur, shower & toilet. Perkakas masak semua pun ada. Memang ibarat rumah bergerak. Syukur tercapai juga cita-cita nak naik benda alah ni. Dulu masa ke NZ tahun 2011, aku penah cakap dengan Cawan, pasal nak merasa road trip dengan benda ni huhuhu. Trip kali ni aku pergi sekali dengan adik aku dan husband dia. Meriah betul rombongan kali ni kikiki.




Muka budak tak mandi pagi..acah-acah handsome gitu. ;p




Berdekatan dengan beach tadi, ada Spiky bridge, dikatakan bridge ini dibina oleh prisoner di sini. Agak famous jugak tempat ni dikalangan pelancong. Bagi aku biasa je la, sebab dah tepi jalan kan, so pegi je la tengok. 



Spiky bridge dari bawah 

Destinasi berikutnya Freycinet National Park. Ini memang salah satu destinasi idaman jika ke Tasmania. Dua minggu sebelum ke sini, aku telah call dan email Freycinet National park bertanyakan tentang campground untuk motorhome kami. Katanya tempat ni selalu fullybooked, sebab tengah peak season. So masa call tu, aku mintak dia reserve untuk motorhome kami. Saiz kenderaan perlu diberi sebab bukan semua kawasan di campground tu boleh muat dengan camparvan/motorhome kita.

Pada mulanya, kami berhasrat nak FREE Camping je dimana-mana di kawasan tu, tapi mengenangkan, air adalah sumber paling penting dalam hidup ni, so kami tekad nak amik campground yang siap sekali dengan power, air dan dump point! Tak payah pening nak pikir nak topup air dan buang najis kat mana nanti hihihi.

Storage air tank dalam motorhome tu, seingat aku 100liter, hanya mampu tahan 1-2 hari ikut penggunaan, jika dah guna untuk masak, membasuh pingan, mandi, dan guna toilet, sehari pun boleh lesap air dalam tu. Kebanyakkan free camping ground yang aku survey takde sediakan air, toilet je ada, ko rasa? Eee memang tak la hihihi. Toilet tu kira baik la dia nak sediakan, sebab setengah tempat tu, memang kawasan tandus/bush je hahaha. 
  • INFO: Untuk reserve campground untuk camping (tent), atau campervan/motorhome di seluruh Tasmania, sila refer pada link ini --> Tasmania National Park: Camping and Cabin Fee Info. Segala info berkaitan dengan camping ground yang terletak di DALAM KAWASAN NATIONAL PARK TASMANIA, boleh didapati di sini.
  • Dan jangan lupa untuk paham dan hadam Terms & Conditions untuk setiap tempat yang korang nak camping tu. Diorang memang strict bab-bab ni semua hihihi.
  • Dan satu lagi yang paling penting, kebanyakkan National Park di Tasmania memerlukan Pass untuk kita masuk. Kalau tak sure apa jenis pass yang korang perlukan, boleh refer di sini --Type of Pass Needed dan Tasmanian National Parks Entry Fees

Ini contoh pass kami, valid up to 8 weeks dari date kami beli, dan per vehicle (up to 8 person)termasuk semua National park, including Cradle. Total harga adalah AUD 60. Memang berbaloi. Di situ nanti, diorg akan tulis nama dan no registration kenderaan korang, dan lepas tu, letak dekat depan dashboard. Pass ni boleh dibeli online, ataupun di National Park Visitor Center.


Dah selesai beli pass, kami terus ke Cape Tourville, berdekatan dengan campground kami. Ini adalah salah satu short walk yang disuggest dalam website tourism Tasmania. 
Boleh refer sini untuk senarai penuh 60 Great Short Walksyang ada di Tasmania :), jangan cakap akak tak payunggggg hihihih 

View dari atas..kalau ada matahari ni, mungkin boleh nampak kebiruan air laut tu..tapi apa nak buat, bab-bab cuaca ni diluar bidang kuasa kita..ye tak?

Gigih nak berjalan sendiri hehehe



Circuit sepanjang 600meter ni, cuma mengambil masa selama 20 minit saja, tahap kesusahan, adalah TIDAK SUSAH, kalau Zafran boleh, tak kan korang tak boleh? tak gitu? hihihihi..

Sebahagian daripada pemandangan yang ada di Freycinet National Park ni. Sebenarnya dalam ni ada banyak lagi walks yang menarik, cuma larat dengan tak je nak hadap.

Coastal view yang cantik, boleh nampak batu-batuan merah ala-ala di Binalong bay di sana tu..nama lain Granite (Pink Feldspar), sebab batu-batu tu nampak macam warna pink, ada macam tint oren & cream. Opposite dari tempat ni, ada the Nugget, tapi aku takde pulak amik gambar benda tu, nanti la aku korek kat camera laki aku..maklumla lens ni tak leh zoom jauh kikiki

Kalau bernasib baik, dari atas ni boleh nampak dolphins, tapi masa kat sini, hanya nampak burung-burung je dekat the Nuggets depan sana nun. (Ye tiada gambar the nugget! eee yapedaaa aku nih!)

Lighthouse. 

Ni satu lagi short walk yang kitorg pergi lepas Cape Tourville tu, Sleepy Bay walk, tapi yang ni agak susah sikit sebab jalan tak rata, dan banyak naik bukit. Tapi lawa sebab warna air sangat jernih dan biru turqoise, ditambah lagi dengan batu-batu granite yang merah/pink/orange menyala tu. Kalau ada matahari ni aku gerenti lawa nak mampus hehehe. Tapi takde, so layan je lah..
Hasil dari erosion process dari air dan angin, selama beratus juta tahun, telah menghasilkan batu-batu yang cantik macam ni! Subhanallah, memang terkesima dibuatnya bila tengok macam ni.

Sebabkan aku tak berapa gigih berjalan turun sampai ke beach bawah tu, aku stop sampai sini je. Memang tak mampu nak dukung Zafran turun ke bawah, dengan jalan yang tak berapa rata dan berbatu, mengigil kepala lutut rasanya. Laki aku entah kat mana, Aqilah pulak paham-paham je la, dah pandai jalan sendiri, tau-tau dia kedepan dulu, dah satu hal plak nak jerit-jerit kat dia suruh tunggu kita hahaha. So kite stop sini je la, jom balik campground, nak masak,lapar kot huhuhu..Esok kita sambung jalan lagi, nak tengok wineglass bay..hmm..


Binalong Bay ke Cradle Mountain (Tasmania)

$
0
0
[Entry Random, tanpa ikut urutan hari)

Sebenarnya kami tiba di St Helen petang semalam, sebelum tu kami di bermalam di Freycinet National Park. Tapi sebabkan takde mood lagi nak tulis entry Freycinet tu, so aku skip la satu hari. Mood aku kelam, sama seperti gambar-gambar yang diambil di Freycinet di hari semalam..sedih sob sob..

Agenda utama di St Helen pagi ni, adalah nak melawat sendiri Binalong Bay, yang famous dengan batu-batu oren tu, Binalong Bay. Distance dari kawasan kami berehat malam tadi untuk ke sini takde la jauh, lebih kurang 20-30 minit perjalanan je. Memang worth a visit la kalau dah road trip ke belah east coast Tasmania ni.

Kawasan Binalong Bay ni terletak di utara bandar St Helen, takde la exact location yang bagaitau ko dah sampai Binalong Bay atau tidak, tapi nak kenal pastinya mudah sangat, sebab boleh tengok dari batu-batu oren tu, bila dah jumpa batu-batu oren tu,maknanya ko dah sampai di area Binalong Bay. So kitorg masuk lagi sampai ke atas, dan parked motorhome di parkir kenderaan yang telah disediakan.

Ayuhhhh..

Orang paling excited, adalah seperti gambar di atas! First time berani nak ke laut. Dulu masa kecik-kecik meraung dengar bunyi ombak. Syukur Aqilah dah berubah hahaha.


Ajak mummy buat sand castle, masalahnya mummy tak reti, kau buat la sendiri okeh?


Tak tau  nak cakap apa, yang pasti cantik sangat. Cuaca hari ni agak mendung, sesekali nampak langit biru, sekejap lagi mendung pulak.

Tak ramai orang kat sini, pantai sangat bersih, pasir warna putih, halus dan lembut je kaki ni pijak, air tu memangil-mangil sebab jernih dan turquoise colornya memancor-mancor, tapi takut nak mandi, sebab sejuk bebenor airnya ha..

Gigih panjat batu, kengkonon nak tengok view dari atas. Confirmed la cun melecun. Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini, sapa yang teringin snorkeling, nak trekking, dan yang pandai surfing, silalah!

Close up sikit batu-batuan merah ni. 

Binalong Bay ni sebenarnya terletak dalam Bay of Fires Conservation Area, dan merupakan salah satu kawasan tepi laut yang cantik di Tasmania dan Australia. Dengan kehadiran batu-batu oren ni, lagi la kebabom lawanya. 

Seperti yang dilihat dalam gambar, memasing dengan aktiviti sendiri, ada yang sedang ambil gambar, yang bergambar, main-main pasir, dan Zafran entah hilang kemana..mungkin di celah-celah batu berhadapan makluk berbaju hijau tu..aku? of course la tengah berdiri dari atas batu ni hiks

Di celah-celah batu-batu oren.

Bertapa ke tu? 

Anak gadis aku sorang tu, time orang busy menikmati keindahan tempat ni, time tu la dia nak kencing la apa la, last-last tak tahan sangat, boleh suka hati je terkencing dalam seluar. Uii apa lagi, aku suruh terus dia masuk dalam air tu, dan mandi di celah-celah batu. Gambar mandi tak boleh share, bahaya zaman sekarang nih... 

Dah puas dia mandi, naik semula ke motorhome, nasib baik la ada paip belah luar motorhome tu, pulas je kepala paip, dapat la bersih kan badan dengan air tawar pulak. Malas nak kasi diorg ni basuh kaki dalam bilik air rumah bergerak tu, sebab pagi tadi aku dah sapu bersih-bersih hihihihi.

Ok next, sambung perjalanan nak menuju ke Cradle Mountain. So far ni la perjalanan paling jauh sepanjang ber-road trip di Tasmania ni. Kami mengambil masa lebih kurang 5-6 jam untuk sampai ke Cradle mountain.


On the way ke Cradle Mountain. Dari review yang aku baca, Tasmania ni macam baby New Zealand gitu, tapi bila betul-betul compare, memang cun, tapi cun  dia tak setanding NZ langsung hahahaa.

Salah satu pit stop kami, tapi aku tak ingat namanya, nanti aku update semula nama tempat ni. Yang pastinya, pokok-pokok dalam ni, dah hampir pupus. So hutan ni katanya perlu di jaga untuk pastikan ianya terus kekal sampai ke generasi-generasi akan datang. Dalam ni macam ada walking trail yang cuma mengambil masa sekitar 15-20 minit. Disertakan juga dengan signboard dan informasi pasal pokok ni, dan tumbuhan di sini.


View sepanjang perjalanan ke Cradle Mountain.

Salah satu view di belah country side north Tassy, kat sini agak lawa jugak la, adalah berciri-cirikan NZ.

Salah satu lookout view dalam perjalanan menuju ke Cradle Mountain. Serius lawa. (Sorry tak ingat nama, nanti rajin aku update balik if berjaya bukak camera)


Sampai je di Launceston, kami singgah sekejap di Woolworth, nak beli barang makan, dan solat kejap. Pastu sambung balik perjalanan ke Cradle Mountain. Ya ampun serius jauh betul rasanya..

Selepas bandar Launcheston, kami memasuki semula kawasan-kawasan kampung dan view kat sini lagi lawa dari yang sebelum ni. Di tepi jalan, sudah mula kelihatan signboard menuju Cradle Mountain, dan beberapa lagi scenic drive di sekitar kawasan. Malangnya dengan masa yang sangat terhad, kami tak sempat nak try scenic drive kat kawasan ni, sebab kami terpaksa bergegas kejar ke Cradle mountain jugak.


Matahari dah mula nak terbenam. Kami ada sejam dua lagi nak sampai. Tak boleh nak bawak laju sangat, sebab jalan ke sini dah mula bersimpang siur..so bertabah je la. Nak ambil gambar pun tak dan nak turun, cuma sempat ambil dari dalam kenderaan je.

Cantik gile. Tapi tak boleh lama nak tunggu sunset ke hapa, sebab holiday park yang kitorg dah booked tu, office dia akan tutup by 7PM. Walaupun rasa tak sempat nak sampai on time, tapi kami usaha jugak. 

45 minit perjalanan dari last tempat kitorg benti amik gambar (pic atas), kami mula memasuki kawasan yang tanahnya lapang je, cuma ada rumput-rumput kecil, di atas jalan, mula kelihatan wallaby dan beberapa jenis binatang yang aku sendiri pun tak kenal pasti. Tapi nak cakap satu je, suasana senja di kawasan lapang menuju ke Cradle mountain tu seriusly lawa sangat, walaupun belum gelap sepenuhnya, tapi view dia lawa gile. Malangnya laki aku tak mo berhenti sebab dia kata nak kejar check in kat Cradle Moutain Discovery Park. 

As expected, by 8.30 PM macam tu, kitorg akhirnya sampai kat Discovery Park tu. Gelap! Office dah tutup. Aku turun dari kenderaan, dan pergi tuju depan pintu office. Tinjau-tinjau memang takde orang. Hish macam mana nak cek in ni. Sebab nak masuk tak boleh, sebab ada pagar blocked jalan tu. Lepas tu, ternampak ada satu envelope di tepi tingkap. Ada nama aku! Buka envelope, dan ada instruction macam mana nak bukak pagar dan tapak motorhome kami. Yahooooo! Nasib baik.. 

Info: Accommodation di Cradle mountain ni agak limited, kalau time peak, better la book awal sikit. Cradle mountain discovery park ni antara yang affordable la kalau on tight budget. Tapi kalau ada budget besar, boleh la duduk kat resort lain yang lebih lawa. 

Dah berjaya melepasi pintu pagar tu, kami mula mencari tapak *penginapan* motorhome kami, dalam tu memang takde lampu jalan, takde nampak orang, dan sangat-sangat gelap! Yang kelihatan adalah, motorhome dan khemah orang lain yang menang gelap! Gila awal diorg ni tidur! Segan gak lalu kat tempat diorg dengan bunyi kenderaan besor gedabak macam tu hahahaha. Memang pure tidur dalam hutan, cumanya kami tak duduk dalam khemah je! Teruja jugak la kan..

Sebabkan malam ni nak cut cost, kitorg amik unpowered site. So memang kena jimat letrik dan air lah. Toilet ada berdekatan dengan tapak camping kami, tapi takde sapa nak pegi mandi, sebab sejuk nak mampus, paling kuat amik wuduk jek. Pastu pagi ke common pantry yang betul-betul berdepan dengan tempat kitorg parking tadi. Kosong dan gelap!..Ok fine..bagus la takde orang, leh masak sesuka hati..Pakai stove letrik dapurnya,  goreng fries pun berkurun, 30 minit tak siap-siap, letih betul tunggu dapur letrik ni. Last sekali aku bawak balik masuk kuali tu, on api stove dalam motorhome tu, tak sampai 10minit dah siap goreng fries..ha makan la kenyang-kenyang..Sedar tak sedar, tau-tau dah pukul 11 malam, punya la lama aktiviti memasak dan makan-makan. Agenda aku dan adik aku hari ni nak amik pic milky way, kalau langit cerah..

So kami dua beradik pun keluar la bawak camera, yang lain-lain sibuk makan dan kemas-kemas dapur. Setting tripod la, apa segala..cuba dan cuba dapat la sekeping dua. Tu pun langit kejap berawan, kejap ok. Dengan mata kasar, memang boleh nampak milky way, tapi sebabkan ni first time, gambar pun tak berapa cun sangat. Dah la sambil-sambil setting tu, ada pulak bunyi binatang duk mengendap sambil buat bunyi mendengus-dengus. Uih suspen jugak..entah apa la bendanya.. Last-last Adib keluar, pegi cari apa benda bunyi tu, rupa-rupanya Tasmanian devil berdekatan dengan pokok tepi kitorg tu..paling tak guna sekali, Adib cabut lari dulu masuk motorhomes, siap ajak kitorg berdua masuk jugak, katanya tasmanian devil tu gigit orang kalau kacau tempat dia!

Yihhh stress aku dan Muni duk amik gambar time tu. Aqilah pulak, sedap main torchlight, suluh sana sini atas pokok, pastu duk "mummy look..there's something on the tree!!..." pastu kang "mummy look overthere.." ish seram okeh! Suka hati je nak look sana sini, petua orang tua dulu jangan main suluh2 atas pokok! kau sedap je suluh sana sini.. hiks..

Laki aku pun sama, langsung tak beri sokongan, katanya penat drive, so dia suh la aku ambil gambar berhati-hati..penyudahnya, tinggallah kaum-kaum hawa saja, berdepan dengan cuaca sejuk, dan tasmanian devil yang berdengus tak berhenti-henti, dan Aqilah yang bermain torchlight suluh sana sini.. dan hasilnya adalah seperti berikut.... sobs...


Hasil suluhan Aqilah..tak tau la dia nak suluh apa..Tak lama lepas tu, langit kembali berawan, dan pastu hujannnnnnnnnnnnnnnnnnn..


So tamat la aktiviti nak ambil gambar milky way nya! Malam tu tido kesejukan dalam blanket tebal..uii sedap...

Jejak Seribu Satu Malam - Tehran, Iran

$
0
0
Trip ke Tehran ni, langsung tiada dalam list untuk tahun ni, rancangan awal tahun haritu, hujung tahun ni nak follow Pae dan Masnona yang konon-konon nya nak jumpa Song Joong Ki, jadi haruslah ke Korea, tapi bila keluar tiket murah AAX ke Tehran ni, terus rasa mengigil-gigil jari ni nak beli. Murah sangat, sampai rasa macam tak perlu fikir dah! Dengan RM404, kami pun beli tiket ke Tehran. Ye la dah masing-masing dintis tak berduit, jadi dengan harga yang murah macam ni, memang berbaloi sangatlah. 

Pejam celik, pejam celik, dua bulan selepas beli tiket, kami dah berangkat nak ke Tehran. Dengan segala info yang aku dah study, dan bertanya kan member yang pernah ke Iran, maka sedikit sebanyak dapat la aku info penting, yang tiada di internet.

Tempahan hotel/hostel semuanya di buat di Iran, secara walk in, kecuali penginapan di Tehran. Begitu juga dengan booking tiket bas dari bandar ke bandar, pertukaran USD - Iran Rial dan mencari transportation untuk day trip dari bandar yang kami lawati. Benda yang paling kami prepare banyak-banyak selepas beli tiket haritu, adalah duit! Sebab di Iran ni, diorg tak accept credit card mahupun debit card dari luar Iran, melainkan credit/debit card dari negara Iran sendiri, ini gara-gara sanction yang masih berlaku ke atas ekonomi Iran.

First thing first! Ramai yang tanya... Selamatkah Iran? Selamat kengkawan..tak perlu takut..sepanjang kami di sana, tiada apa pun yang luar biasa, tengok orang pegang senapang pun tidak, kecuali di cek point setiap state yang kami lalui, di bandar-bandar seperti Tehran dan Shiraz, semuanya normal macam di Kuala Lumpur, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri, takde pasai nak bawak senapang, bom bagai nak bom sana sini. 

Kami tiba di Imam Khomeini International Airport lebih kurang jam 11.20 PM. Agak lewat dari jadual asal. Setibanya di sana, kami terus melalui kaunter untuk buat insurance. Mostly semua foreign visitor kena buat insurance dulu, if dah buat dari Malaysia, kena bawak salinan insurance yang korang dah beli kat Malaysia, kalau tidak, kena beli lain. Harga yang kami bayar untuk travel insurance ni adalah USD 16 atau pun EU 10. Boleh dibayar dengan salah satu currency ni, atau pun dalam bentuk IRR (Iran Rial). Insurance ni ada yang aku baca kat forum-forum LP dan TA, katanya wajib ada jika travel ke Iran, sebab public liability dan process evacuation di Iran agak komplex dan mungkin memerlukan cost yang besar. Tapi kalau korang tanya aku, memang selama aku travel ni, aku amik insurance, tak kisah la yang murah ke mahal ke, janji ada coverage, if jadi apa-apa, takde la menyusahkan orang kampung sekalian. Orang kata beringat sebelum kena, bukan sebab tak caya tuhan ke apa, tapi perlulah ada persediaan awal..(saya bukan agent insurance yang pastinya)

 Make sure simpan slip insurance ni elok-elok.


Okay, process buat insurance ni kejap je. Lepas tu, kami terus ke kaunter immigration pulak.

Visa.

Sebelum fly ke Iran ni, aku dah bertanyakan pada kawan-kawan yang pernah ke Iran, sebabkan kawan aku pergi selama sebulan, so obviously dia memang perlukan visa, kemudian aku bertanyakan orang lain yang pergi seminggu pula, katanya tak perlu visa. So aku ni kan ke rajin sikit, pegi la google pulak, tapi tak jumpa information yang konkrit sama ada Malaysian perlu kan visa atau tidak, mengikut kata wiki, Malaysian tak perlukan visa untuk stay 15 hari, if lebih, memang perlulah ada visa. Jadi sebabkan aku agak confuse entah mana satu yang betul, last-last aku call embassy Iran, dan bercakap sendiri dengan officer tersebut.

"Hi, I would like to confirm if I need visa for a stay less than 2 weeks in Iran?"
"Yes you need visa"
"Oh are you sure?" aku tanya lagi..
"Yes". Officer tu jawab
"Okay, let me rephrase you, I will still need a visa even for a 7 days traveling in Iran? yes? no? I'm Malaysian by the way.." saja bagitau citizenship hehe
Officer to dengan confident nya sekali lagi jawab, "yes, you are right, you need a visa".

So I rest my case. Tak kisah la mana satu yang betul, tapi last-last, kami bertiga pergi jugak buat visa Iran tu, harga visa RM23 je.

So lepas dah buat insurance tadi, kami terus di suruh ke kaunter immigration, tapi passenger-passenger lain dibelakang kami yang bukan Iranian, lepas buat insurance tadi, semua di suruh ke kaunter lain, untuk buat visa on arrival. Dan diorang ni sangat slow buat kerja. Dah la memang dah lewat malam, nak beratur untuk VOA tu satu hal lagi, kus selamat kitorg dah buat sesiap dari KL. Process immigration cepat je, takde tanya banyak pun, reservation hotel semua pun dia tak mintak nak tengok.

So next, ingatnya nak beli pulak sim card Iran dan nak tukar duit, tapi lepas tengok kaunter sim card kat arrival hall tu tak berganjak setelah sekian lama beratur, aku cakap kat geng, cari esok je la kat Tehran, lagi pun USD di terima pakai kat Iran ni.

Lepas deal taxi dengan pakcik ni, kami dapat sebijik taxi USD 25 untuk ke Tehran city, share 3 orang, murah la jugak. Dah lewat-lewat macam ni, memang tak kuasa nak naik bas bagai, mata pun tak boleh celik dah. Jauh airport ke bandar Tehran lebih kurang 50 minit perjalanan je (tapi kalau siang, ko berdoa je la banyak-banyak, sebab traffic kat Tehran ni antara traffic terlaknat di dunia, so plan your time to or from airport wisely if nak ke city/airport waktu siang)


So next day, awal-awal pagi, kami dah mintak map kat reception hostel. Oh by the way, kami menginap di Tehran 7 hostel, bilik dorm USD 15, breakfast inclusive. Reception dia boleh cakap English, so lepas tanya dia nak booking, dan collect tiket bas kami ke Syiraz malam ni, dia tunjuk pulak kat mana station train berdekatan dan tempat tukaran wang.

Kita makan dulu..

Breakfast free..roti, jem, air teh free flow. Hari pertama memang bersemangat makan..

Gigih kami berjalan kaki, dari hostel, nak ke Ferdowsi, katanya kat situ ada banyak tempat tukaran wang! Ya ampun, jauh gila menapak! 

Nak tanya orang, tapi diorg macam tak tahu sangat, bila kita tanya "money exchange, money exchange" pun tak paham, bila dah tunjuk duit, baru diorg tau, pastu suruh jalan ke depan lagi, sampai la kami disapa oleh uncle Korean ni. Dia paham bahasa parsi dan english, so dia lah tolong kami pegi tukar duit! Rupanya nak tukar duit, bukan dekat bank, kat bank memang takde servis forex ni. Aduhai.

So bila dah sampai area Ferdowsi tu, dah mula nampak orang duk pegang-pegang duit, duk tanya nak tukar duit ke tak (dalam parsi), so aku cuak kejap. Tak kan la tepi jalan macam ni kan, so korean ni explain la, cakap kat sini memang macam tu, kedai-kedai forex tu selalunya dalam bangunan dan orang-orang yang duk pegang duit ni, memang ni keja diorg, dan boleh dipercayai. So aku dan geng semua memang tawakal la, luckily, uncle Korea ni memang memahami kegusaran di hati kami, sebab ya le kan, dah la currency note diorg byk zero, so nak kira satu-satu dan tengok and compare cheat sheet yang aku dah buat tu, memang tak mampu la. So dia cakap,"it's okay, don't worry, I'll help you count"..so uncle ni count satu-satu, depan kitorg, siap amik calculator dia, tekan-tekan kira. Sampai aku puas hati, baru dia serahkan duit Rial kat aku, pastu baru dia amik USD aku dan kasi kat mamat forex tu. Untuk pertama kali exchange ni, kami tukar 100USD je setiap sorang.

Tak tau la nak cakap macam mana, memang syukur sangat la, sebab pakcik ni berjalan dari hostel kami tadi, sampai le ke sini, semata-mata nak tolong kami. Dia cakap dia dah kerja kat Iran 2 tahun, sebab tu fasih berbahasa parsi. Dan dia memang nak tolong. So selepas selesai tukar duit, kami ke Tehran bazaar dan Golestan palace pulak.

Proses pertukaran USD-IRR sedang berlaku, aku punya peluh time tu, aduhaii..uncle Korean tu, yang berjacket biru :)

Lega dah tukar duit, sekarang beli tiket ke Panzdah Korhdad Metro. Tiket dia murah gila, lebih kurang 30, 000 rial untuk kami bertiga, one way trip.

Matawang

Sebelum aku teruskan cerita aku ni, aku nak share satu benda penting lagi, iaitu matawang Iran. Matawang official Iran ialah rial, tapi most Iranian selalu gunakan toman. Walaupun diorg sebut toman, tapi matawang yang digunakan, adalah duit yang sama digunakan sebagai Rial. Apa bezanya? Teruskan membaca hehehe..

Contoh, 5000 Toman adalah bersamaan dengan 50,000 Rial. Kalau 10,000 toman, korang kena tambah lagi zero (0) kat belakang dia, jadikan 100,000 Rial. So cara yang paling mudah ialah, dengan mengeluarkan calculator, dan suruh dia tekan berapa amount, DAN lepas tu kena tanya KUAT-KUAT, sambil tunjuk amount kat calculator tu RIAL? atau TOMAN? bila dah confirm, itu adalah amount RIAL/Toman, baru la kasi duit kat diorg hehehehe.. Takut kang terexcited tengok 5000 toman, paduhal rial. 

Satu lagi boleh guna common sense la, contohnya sebotol air minuman coke 500ml tu, harga kat Malaysia dalam RM3.50, so kat sana lebih kurang RIAL 30,000. So if tanda harga 3000, kan ke tak logic, sebab bila convert RIAL 3000, baru RM 0.35 duit kite! gile ke apa air coke rege tu kan, kot ye pun murah hahaha.


Ok dipendekkan cerita, belah tengahari, kami ke Golestan Palace. Sebab lawa sangat, so kami decide nak pegi tengok la. Seberang jalan dari Golestan Palace ni, ada Tehran bazaar jugak, so lepas tengok palace, kami singgah kat bazaar untuk cuci mata.

Posing dulu, selepas berpenat lelah jalan cari tempat nak tukar duit, dan beli sim card Iran.

Golestan palace belah luar. Masuk sini pre-entry fee Rial 150,000 (RM20 -+), lepas tu nak masuk dewan-dewan lain, kena bayar harga lain lagi. So sebabkan kami ni masa pun tak banyak, miskin pun iya jugak, so kami cuma masuk main hall saja. Total damage untuk Golestan palace setiap seorang adalah Rial 300,000 (RM40-+)

Marble throne ataupun Takht e Marmar.

Travel buddy untuk trip kali ni hehehe.


Dalam palace ni, yang tak bestnya tak boleh amik gambar. So gambar-gambar bawah ni, semua gambar curi yang aku berjaya amik sepanjang berada dalam palace tu. Guard pun tak lepas duk usha je kami sebab takut kami amik gambar, haish, sabar je la kan.

Menuju entrance untuk melawat Mirror hall, dalam ni nanti, kena tunjuk tiket dan kemudian, kena pakai sarung kasut yang disediakan. Kalau tengok dari luar, rupa bentuk bangunan ni nampak macam biasa je, memang tak perasan dari luar yang ini dulu adalah istana, sebab dia tak macam istana yang ada kubah bagai macam kat Malaysia, atau pun tak macam palace-palace lain yang penah aku tengok. But once dah masuk dalam, memang terus terkesima, sebab lawa dia, memang setaraf istana-istana hehehe.

Mirror hall, hall paling terkenal di Golestan Palace ni. Lawa macam ni, tapi tak leh amik gambo..ya ampun nak nangis aku rasa...sobs

Ada orang tu, tema kawin dia nanti, nak color theme macam ni..untungla sangat boleh berangan nak kawin huhuhu.

Tu bukan guard sebenar, patung je, mula-mula pun aku ingat guard betul..hehehe

Exhibition hall yang display segala jenis pingan mangkuk zaman dulu kala. Rasanya tadi macam kena bayar lain, tapi takde orang jaga pulak, so kitorg lalu je la tanpa rasa was-was huhuhu..

Talar-e Salam (Reception hall), siling dan hall dihiasi oleh cermin, manakala lantai pula dihiasi dengan mosaic. Dibina dengan tujuan untuk dijadikan muzium, tapi kemudian, dewan serba mewah ini dijadikan dewan khas untuk segala upacara istimewa melibatkan raja-raja.

Semua pun cermin, cermin dan cermin! Kagum jugak tengok tempat ni. Lawa usah cakap la, memang lawa! Dibina pada zaman Qajar, bermotifkan Persian architecture dengan sedikit gabungan dari western architecture katanya, dan sekarang ni merupakan salah satu komplex istana tertua di Iran. 

Belah luar istana, banyak tile-tile cantik macam ni. Yang dilukis khas oleh designer, dan pelukis dari Iran sendiri.



Gabungan warna-warna ceria yang digunakan, telah menaikkan lagi seri istana yang nampak biasa je dari belah luar. Memang bijak! hehehe


Dua jam juga kami habiskan masa dalam ni, lepas tu apa lagi, perut pun dah lapar, so kitorg makan je kebab kat bazaar tu, distance bazaar dengan Golestan palace ni, dalam 10 minit berjalan kaki je, or maybe less.

Portion agak besar, kenyang sampai ke malam hehehe. Lepas makan, kami sambung jalan-jalan dalam bazaar, takde niat pun nak shopping, saja cuci mata sebab nak habiskan masa sebelum bertolak ke Shiraz malam nanti.

Makcik ni cuit-cuit aku dari belakang, lepas tu kami bercakap dengan sign language je, sebab masing-masing tak paham. Dia tanya aku dan Cawan dah nikah ke, sambil buat tangan together-gether tu hahaha..aku angguk cakap sudah. Lepas tu dia tunjuk bagus, terus sua aku coklat..terasa diri ni macam besar Aqilah pulak hehehe.

Kekacang dan manisan banyak di bazaar ni, kami beli sikit untuk jadikan kudapan dalam bas nanti. Harga agak murah.

Herba-herba dan teh juga banyak kat sini. Ni cuma belah luar je kami jalan, malas nak masuk lorong-lorong tu sebab memang besar sangat tempat ni. Untuk yang gemar shopping benda-benda macam ni, boleh la ringan-ringankan kaki melawat setiap satu kedai kat sini.

Just random faces yang kitorg berjaya amik, diatas permintaan mereka sendiri! Orang-orang Iran ni memang peramah habis, suka bertanya kita dari mana, diorg akan cuba jugak cakap english, yang penting sekali diorg suka Malaysia! Bila dengar Malaysia je, terus diorang cakap ähhh Malaysie?! Good! Mahathir Mohammed!" bangga kejap aku..

Ada juga yang bertanya, Mahathir Mohammed still alive? Aku jawab, yes, alhamdullilah still healthy and alive! Happy gila diorg bila aku jawab macam tu.

Dalam jam 6.30PM, kami naik metro semula dan balik ke hostel, untuk collect tiket bas dan ambil bag. Tiket bas ni aku book online via website  Ticket Bus in Iran. Booking ni aku hanya buat ketika di Tehran, sebab segala payment melalui credit card dari Malaysia memang tak boleh dibuat. So hostel yang kitorg duduk ni, banyak sangat membantu, diorg tolong collectkan ticket, dan bayarkan dulu, dan kami akan bayar kemudian kat reception hostel ni. Total tiket dari Tehran ke Shiraz, dengan menggunakan VIP bas adalah USD 25 seorang.

Bas kami akan berlepas dari Terminal-e-jonoob. Dari hostel kami dah mintak tolong reception call kan taxi, untuk bawa kami ke sana. Taxi kat sana agak murah la, lagi pun sebab kami share bertiga, so setakat sorang nak keluarkan duit untuk kemudahan sendiri memang tutup mata je la hihihi. Harga taxi ke terminal bas dari hostel kami lebih kurang RM15 je.

Sebaik tiba di terminal, lepas dah turun tu, pakcik taxi tu mintak bergambar pulak dengan kami! Ya ampun terkesima kejap aku, di celah-celah bas ni pun nak selfie lagi? kekekeke..kan aku dah kabor tadi, diorg suka orang Malaysia, spesis rare agaknya kita ni lols!


Ni la rupa terminal bas tu, ala-ala KL sentral la. Besar, dan macam-macam kedai ada kat sini. Toilet pun agak bersih. Dalam ni ada banyak syarikat bas. Aku pun tak sure naik bas yang mana, tapi diorg cakap suh pegi kaunter yang ni je, dan tunjuk tiket yang hostel kasi tadi, dah diorg akan print kan tiket bas yang sebenar.. ala-ala macam tiket flight pun ada.

Tempat menunggu, dah sampai waktu, nanti dia jerit la panggil. Tapi aku suggest, korang pegi la jenguk-jenguk dan tanya sendiri bas dah sampai ke belum. Tapi orang Iran ni memang baik-baik, diorg once tau je ada kita yang bukan local, diorg akan prihatin sikit, diorg akan cari ko, dan tanya semua okay ke, bas dah sampai la, dan sekian-sekian, walaupun tak paham, nanti otomatik la akan paham hihihi.

Ni la rupa bas tu, sangat selesa, Seat leh recline ala-ala premium seat macam dalam AAX. Untuk perjalanan 13-14 jam ke Shiraz ni, memang berbaloi dan sangat-sangat perlu la bas macam ni. Jimat penginapan malam ni sebab tidur dalam bas je, semoga pagi esok sampai dengan selamat ke Shiraz.


Sedang kami menikmati tidur yang enak, 2 jam kemudian, lebih kurang jam 11 malam, kami dikejutkan dengan driver bas. Dia suruh turun makan. Bas ni berhenti di RnR, tapi tak sure kat mana. Aku ni terpingga-pingga kejap. Aku cakap "no, i'm fine, we just want to sleep...tapi dia still berdiri depan aku, ajak turun, sambil buat tangan suap ke mulut, ajak makan. Ya Allah, kami nak tidur kot, penat dah seharian, makan tu takde dalam kepala pun dah lewat macam ni. Lepas tu dia turun ke bawah. 10 minit kemudian, dia bawak 3 bungkus makanan, siap sekali dengar air. Ha sudah...kena bayar ke niiiiiiii? waaa nak nangis..

Dia paksa amik jugak..aku ni serba salah..pastu aku dan geng pun amik makanan dan air tu, driver tu terus berlalu pergi dan tak minta duit pun. Aduhai, terharu betul. Memang ada makanan disediakan untuk vip bas, tapi masa beli tiket tu, takde pun diorg cakap ada dapat makanan ke tak, so aku assume, ni dah masuk dalam harga tiket la kot. So kami pun gembira la sebab tak payah bayar dah, dan terus sambung tidur semula..hehehe...







Viewing all 81 articles
Browse latest View live